Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia selepas bertarung kanser limfoma

Iklan
1

IBU kepada pelakon, penerbit dan pengarah Liyana Jasmay meninggal dunia.

Datin Habsah Simpon, 66, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung dengan kanser limfoma tahap empat.

Iklan
Iklan

Berita duka pemergian ibu kepada empat cahaya mata itu dikongsikan pengurus Liyana, Norhazwani Jamil.

Menurutnya, arwah yang dimasukkan ke HKL sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu telah lama menghidap kanser itu.

Iklan

Baca juga: Hilang 4kg dalam tempoh 23 hari, Liyana Jasmay kongsi tip diet sihat

Iklan

"Liyana dan seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham semasa menghembuskan nafas terakhir.

"Liyana bersama adik beradiknya juga sering bersama ibu mereka dalam waktu-waktu terakhir ini,” kata Norhazwani.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, Hulu Kelang untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah Allahyarham dijangkakan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Liyana turut memuat naik sekeping foto beliau dan ibunya mengimbau kenangan bersama termasuk ketika melanjutkan pengajian selama enam bulan di Akademi Filem New York (NYFA) pada tahun 2012.

"Mama yang sentiasa disayangi semua.

"My career, my path, my life, you spend your time to be with me, waited till dawn for my shoot, promos and whatever that makes me happy.

"Tak pernah I tahu ada Mak yang teman anak study overseas berbulan-bulan tinggalkan babah dan babah sanggup lepaskan you just to take care of me!

"I am so lucky to have amazing parents that why you are so special mama. My sayang cantik mama,” titip Liyana sebelum pemergian bonda tercinta.

Bapanya, Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada tahun 2021 akibat kanser paru-paru.

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Sumber: Astro Awani, Instagram Liyana Jasmay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.