Hilang 4kg dalam tempoh 23 hari, Liyana Jasmay kongsi tip diet sihat

A
A
A

NAMPAKNYA, bertubuh langsing dan kurus bukan jaminan seseorang itu boleh bersenang hati. Jika tidak dikawal bimbang menjejaskan kesihatan pada kemudian hari.

Inilah yang dilakukan oleh pelakon, penyanyi dan pengarah, Liyana Jasmay. Beliau mengambil inisiatif mengubah corak pemakanan meskipun memiliki fizikal yang sememangnya menjadi impian ramai wanita.

Selepas 23 hari mengamalkan diet tanpa karbohidrat dan gula, wanita berusia 32 tahun itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram (kg). Wow!

Menariknya, Liyana melakukannya dengan mengamalkan pemakanan sihat berbanding bergantung pada pengambilan pil kurus.

"Hasilnya selepas 23 hari amalkan diet tanpa karbohidrat dan tanpa gula. Misi saya adalah untuk mencapai berat badan sebanyak 49kg.

"Gembira sangat kerana lagi 0.3kg je nak sampai target. Daripada 53kg kini berjaya turun kepada ini (49.3 kg)," tulisnya pada kapsyen sekeping foto yang memaparkan bacaan penimbang berat badan dalam sosial Instagram @liyanajasmay hari ini.

liyana jasmayDEMI kesejahteraan diri sendiri dan anak-anak, Liyana mengambil inisiatif diet secara sihat tanpa gula dan tanpa karbohidrat untuk mencapai berat ideal 49kg.

Menurut ibu kepada Sofia Arissa Mohd Fathuddin dan Selena itu kejayaan manis berkenaan dicapai tanpa bantuan pil atau suplemen.

"Pada mulanya memang mencabar yang mana hari kelima saya pening dan menggigil. Namun begitu, saya teruskan juga.

"Kenapa saya up posting ini? Ia adalah untuk menyuntik semangat kepada golongan wanita di luar sana bahawa percayalah tiada suplemen, pil atau minuman yang mampu buat kamu kurus.

"Ya, tiada jalan singkat kerana jalan singkat itu ia bahaya. Kita cuma perlukan kekuatan mental dan semangat. Lakukan secara natural demi kebaikan tubuh badan," tegas Liyana yang merupakan isteri kepada Mohd Fathuddin.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Bersatu tersebut turut berkongsi beberapa tip ringkas tatkala menjawab soalan para pengikutnya.

Antaranya ialah:

- Bagi mengelakkan kepala pening dan badan menggigil Liyana mengawalnya dengan menikmati coklat rendah lemak, karbohidrat dan gula.

- Biasanya sarapan beliau menikmati sajian telur hancur dan memperbanyakkan sayur.

liyana jasmaySELEPAS mengamalkan diet sihat tanpa gula dan karbohidrat ibu anak dua ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg dalam tempoh 23 hari.

- Sementara itu, menu daging atau ayam bersama salad pula menjadi pilihannya pada makan tengah hari.

- Makan malam diambil sebelum pukul 6 petang bagi mempercepatkan lagi proses turun berat badan.

Foto: Instagram @liyanajasmay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca