Dah cukup tidur pun, masih mengantuk. Mengapa ya? Ini sebab-sebabnya semua kena tahu

Iklan
EC37D2C8-334A-4F47-95AB-CE91E40ADD08

SECARA asasnya, manusia memerlukan tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari.

Pun begitu, jumlah rehat yang cukup pada setiap malam bergantung pada tabiat dan aktiviti seseorang pada siang hari.

Iklan
Iklan

Baca juga: Kebas tangan masa bangun tidur? Mungkin petanda untuk 5 masalah kesihatan ini

 

Iklan

[caption id="attachment_113991" width="606"] SUMBER Ivan Oboleninov daripada PEXELS.[/caption]

[caption id="attachment_114002" width="473"] SUMBER Vlada Karpovich daripada PEXELS.[/caption]

Iklan

Namun, persoalannya, apa akan jadi jika kita terlalu tidur atau bahasa saintifiknya, hipersomnia?

Mengikut definisi hipersomia yang dikongsi oleh Cleveland Clinic, fenomena itu berlaku apabila seseorang berasa mengantuk yang melampau pada siang hari walau telah mendapatkan lena yang sepatutnya.

Baca juga: Tidur sekatil, bayi bawah 12 bulan boleh mati mengejut, doktor kongsi 8 info mak-mak perlu tahu

"Gejala hipersomia boleh dikesan ketika seseorang masih remaja atau dewasa iaitu dalam lingkungan umur 17 hingga 24 tahun,” kata Cleveland Clinic.

MASALAH INGATAN

Sebenarnya, apa yang tak kena? Menjawab pertanyaan ramai itu, hellodoktor menjelaskan, isu terbabit barangkali ada kaitan dengan beberapa masalah kesihatan.

Antaranya seseorang mungkin sedang mengalami simptom kegelisahan, kurang bertenaga dan berdepan masalah ingatan akibat keperluan tidur yang berterusan itu.

"Pesakit akan mengalami rasa mengantuk yang melampau sepanjang hari. Malahan, rasa itu (mengantuk tersebut) tidak berkurangan walaupun tidur pada siang hari.

"Dilema itu menyebabkan golongan itu tidur dalam jangka waktu yang lama pada waktu malam,” katanya.

[caption id="attachment_113992" width="600"] SUMBER Acharaporn Kamornboonyarush daripada PEXELS.[/caption]

Healthline menambah, hipersomnia dikategorikan kepada dua jenis iaitu primer atau sekunder.

Hipersomnia primer: Berlaku tanpa sebab-sebab kesihatan dan gejalanya hanya keletihan yang melampau.

Hipersomnia sekunder: Disebabkan keadaan perubatan seperti mengalami apnea tidur,  penyakit Parkinson, kegagalan buah pinggang dan sindrom keletihan kronik.

Antara simptom terlebih tidur yang jelas kelihatan seperti yang disenaraikan Healthline adalah seperti

1) Kehilangan tenaga.

2) Mudah merasa marah.

[caption id="attachment_113993" width="600"] SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.[/caption]

3) Keresahan.

4) Hilang selera makan.

5) Kesukaran untuk mengingati sesuatu.

6) Resah gelisah.

UBAH GAYA HIDUP

Perubahan gaya hidup adalah kaedah penyelesaian yang paling baik bagi pesakit hipersomnia, kata Healthline.

[caption id="attachment_113995" width="606"] SUMBER Oleksandr Pidvalnyi daripada PEXELS.[/caption]

"Risiko hipersomnia boleh dikurangkan dengan mengatur jadual tidur yang tetap dan tidak boleh minum alkohol atau menggunakan dadah.

"Doktor juga biasanya akan mengesyorkan diet berkhasiat tinggi untuk mengekalkan tahap tenaga secara semula jadi,” jelasnya.

Bagaimanapun, ujar laman perubatan berkenaan, untuk sesetengah sindrom hipersomnia, ia tiada penawar.

Baca juga: Bedung bayi memang boleh bantu anak tidur lena, tapi ini cara betul ketika cuaca panas

Baca juga: Bahaya tidur selepas sahur boleh aktifkan sel kanser! 20 info wanita perlu tahu

[caption id="attachment_113997" width="475"] SUMBER Anna Nekrashevich daripada PEXELS. [/caption]

"Apa yang boleh dilakukan untuk membendung risiko hipersomnia adalah dengan mewujudkan persekitaran tidur yang tenang dan elakkan pengambilan alkohol. 

"Jangan ambil ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dan hindari tabiat bekerja lewat malam,” ujarnya. 

Masalah hipersomnia ini memang banyak berlaku dalam kalangan kita, kan? 

Adakalanya makan berbulan-bulan untuk ‘sembuh’.

Tak mengapa, paling penting kita perlahan-lahan merawati ‘penyakit’ itu.

Jika tak settle jua, lebih baik jumpa mereka yang pakar. Apa lagi jumpa doktor di hospitallah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi