TIDUR selepas sahur bukanlah sesuatu yang baru terutamanya bagi yang bersahur awal. Ada dalam kalangan kita yang tidur semula selepas bersahur dengan alasan ingin mengembbalilan kesegaran tubuh sebelum ke tempat kerja.

Namun tahukah anda tabiat ini memberikan impak yang buruk kepada kesihatan? Lebih merisaukan apabila dikaitkan dengan kanser.

Baca juga: Sesuaikah minum kopi ketika berbuka dan bersahur? Berikut penjelasan pakar kimia

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Perkongsian daripada Dr Ahmad Kamal Ariffin ini wajar dijadikan panduan:

1-Selepas sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya. Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan perlahan metabolismenya.

2-Usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

3-Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna.

4-Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan dimakan” oleh bakteria jahat dan menyebabkan jumlah bakteria jahat di dalam perut serta usus menjadi dominan.

5-Sifat bakteria ini anaerob (kurang oksigen) dan hasil metabolismenya bersifat asid.

6-Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat sangat asid.

Baca juga: Sahur tak perlu jadi macam unta! Kevin Zahri kongsi tip cergas dan slim semula di bulan puasa

Kredit foto utama: Pixabay, https://www.pexels.com/photo/alone-bed-bedroom-blur-271897/

7-Asid nitrit akan meningkatkan tahap keasidan tubuh seterusnya membebankan sistem metabolisme tubuh.

8-Asid nitrat sangat beracun untuk hati anda! Hati akan bekerja keras melawan racun.

9-Sel darah putih juga akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini manakala tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

10-Makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus dan perut anda seterusnya menyebabkan pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh..

11-Semua ini terjadi hanya kerana anda tidur selepas bersahur.

12-Justeru dapat disimpulkan, tidur selepas sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa untuk sihat.

13- Ia meningkatkan tahap PH keasidan tubuh. Sekiranya PH tubuh anda melebihi empat maka sel kanser akan mula membiak.

Iklan

14- Keadaan tubuh yang anaerob (kurang oksigen) menjadikan sel kanser tumbuh dengan pesat.

15-Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya.

16-Dr Zubaidi Hj Ahmad pula berpendapat pola tidur selepas sahur mengganggu pusingan biologi pada dalam badan seterusnya akan menambahkan keletihan.

17-Keadaan ini terjadi disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi individu.

Kredit foto: Ivan Oboleninov, https://www.pexels.com/photo/woman-sleeping-935777/

18-“Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

19-“Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa,” katanya.

20-Saran beliau, jika mahu tidur sebentar, masa yang sesuai antara tiga puluh minit sebelum Zohor. Ambil masa 10 hingga 15 minit saja kemudian
berwuduk dan solat Zohor berjemaah. Insyaa-ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.

Iklan

Baca juga: Microsleep boleh sebabkan kemalangan. Ini penjelasan pakar

Moga bermanfaat!

Gambar utama: Freepik

Sumber: Dr Ahmad Kamal Ariffin, Dr Ahmad Zubaidi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi