Powerlah! Gordon Ramsay puji Khairul Aming masak puding orang Maori, hasil kerja setanding chef

Iklan
1

Powerlah! Gordon Ramsay puji Khairul Aming masak puding orang Maori, hasil kerja setanding chef

SIAPA tak kenal pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang selalu tampil dengan pelbagai video masakan.

Iklan
Iklan

Popular dengan resipi pada bulan Ramadan, influencer yang terkenal dengan tagline ‘hai, whats up guys’ itu baru-baru ini turut berkongsi resipi daripada chef terkenal United Kingdom (UK), Gordon James Ramsay.

Khairul Aming memuat naik video sajian pencuci mulut Burnt Sugar Steamed Pudding daripada buku Ramsay, Gordon Ramsay’s Unchartered Cook Book: A Culinary Adventure terbitan National Geographic.

Iklan

Baca juga: Terbaik punya majikan, Khairul Aming beri bonus, belanja staf baju raya buat ramai kagum

Iklan

Puding tradisional dari suku kaum Maori, New Zealand itu yang dimasak secara kukus dan menggunakan gula hangus sebagai bahan utamanya.

Siapa sangka, video Khairul Aming yang berdurasi satu minit lapan saat itu menarik perhatian Ramsay apabila chef berusia 56 tahun itu memuat naik video secara duet.

baca juga: Inspirasi! Setahun jual sambal raih RM7.5 juta, Khairul Aming buka kilang di Kelantan

[caption id="attachment_114579" width="800"] Kredit foto: AFP[/caption]

Ramsay yang terkenal dengan rancangan televisyen Hell’s Kitchen memuji teknik memasak Khairul Aming biarpun sudu kayu digunakan agak kecil.

Chef berusia 56 tahun itu turut memaklumkan akan berada di Malaysia pada minggu hadapan.

Setakat ini video berkenaan meraih 1 juta tontonan dan 163,000 tanda suka.

Baca juga: ';Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.'Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Bukan calang-calang video masakan mampu berjaya meraih perhatian pemilik restoran yang menerima 17 anugerah Michelin Star itu.

Khairul Aming teruja apabila hasil kerjanya diulas dan duet oleh Ramsay.

Warganet rata-rata terharu dengan memuji kehebatan ahli perniagaan berusia 31 tahun itu.

-"Always making Malaysia proud.”

-"Hebat anak muda bernama @khairulaming ni.”

-"Gorgon suka lah. Worldwide approved, lepas ni Aming kena letak subtitles dah.”

-"Another milestone! For global markets! Congratulations @khairulaming.”

-"Kalau Gordon Ramsay dah puji feeling macam receive National Awards Recognition.”

-"Amazing! Semoga ada collaboration bersama soon!

Baca juga: Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita

Sumber: Laman sosial Gordon Ramsay, Instagram Khairul Aming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.