‘Terbaik punya majikan’, Khairul Aming beri bonus & belanja staf baju raya buat ramai kagum

POPULAR dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan yang berusia 31 tahun dikenali ramai dan sentiasa menjadi inspirasi semua golongan.

Pempengaruh, Khairul Aming memang terkenal sebagai majikan yang baik apabila pernah berkongsi membawa pekerjanya bercuti.

Terbaru, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sekali lagi tampil meraih rasa kagum dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi momen dirinya belanja pekerjanya baju raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul Aming menyatakan dia telah menutup kedua-dua kilang Sambal Nyet baru-baru ini untuk meluangkan masa bersama pekerjanya.

Malah, usahawan itu juga turut memberikan bonus kepada setiap pekerjanya untuk kegunaan mereka sempena raya yang akan tiba nanti.

“Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya.

“Insya-ALLAH lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja dengan sikap Khairul Aming yang menjaga kebajikan pekerjanya dengan baik.

Ramai kagum dengan sikap prihatin dan pemurah pempengaruh itu.

Baca juga Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi

Ujar mereka;

Iklan

“Semoga murah rezeki KA. The best founder ever; menyantuni pekerja sendiri dahulu sebelum yang lain.”

“Pheww, terbaik punya majikan,’ majikan yang bagus susah nak jmpa… kebanyakkan kedekut pentingkan diri.”

Baca juga Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa. Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

“Subhnallah. Tahniah KA bahagiakan semua staf. Masya-ALLAH happynya tengok.”

Iklan

“Saya tengok video ni pun menitis air mata. Bangga dengan kejayaan anak melayu. Dah tu pemurah pulak dan jaga baik staf. Tahniah!

“Masya-ALLAH… bagusnya dapat majikan macam ni. Semoga di Malaysia ni, ramai lagi majikan dapat contohi Khairul Aming. Tahniah majikan & pekerja.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.