Kilang tutup 5 hari, Khairul Aming bawa 60 staf makan angin, duduk hotel lima bintang, memang majikan contoh!
USAHAWAN dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi insiprasi semua golongan. Usahawan yang memiliki dua kilang sambal itu amat menghargai kakitangannya.
Baru-baru ini beliau dengan sekali lagi membuat kejutan dengan membawa 60 orang staf ke Pulau Langkawi.
Bekas jurutera kelulusan Vanderbilt University, Amerika Syarikat itu memuat naik video memaparkan aktiviti bersama kakitangan.
Trip ini bukan biasa-biasa, kesemua kakitangan diberikan layanan istimewa termasuk penginapan di hotel bertaraf lima bintang dan bersiar-siar menaiki kapal layar.
Tidak hanya itu, Khairul Aming turut memberikan wang perbelanjaan kakitangannya membeli-belah.
"Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi.
"Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset dan duit belanja untuk mereka shopping. Alhamdulillah semua staf happy,” titipnya.
Menerusi video dikongsikan, kesemua staf diberi kebebasan melakukan aktiviti masing-masing pada hari pertama. Ada yang memilih bermain bola tampar pantai, menikmati keindahan laut di tepi pantai dan sebagainya.
Keesokannya, Khairul Aming memberikan kejutan kepada pekerjanya dengan menyediakan dua bot Private Yacht Cruise untuk staf lelaki dan perempuan secara berasingan.
Lebih happening, pelbagai aktviti boleh dilakukan di atas kapal layar berkenaan termasuk mandi di dalam tab jakuzi, mandi laut, menaiki jetski dan menikmati makanan yang disediakan.
Baca juga: Terbaik punya majikan, Khairul Aming beri bonus & belanja staf baju raya buat ramai kagum
Bukan sahaja prihatin, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bermurah hati mengagihkan wang perbelanjaan kepada pekerja.
"Malam pula, kita sediakan duit poket untuk mereka shopping. Yang ni bebas, boleh keluar pergil shopping nak beli coklat ke beli apa, spend lah duit tu sampai habis,” katanya lagi.
Menerusi video yang dikongsikan jelas, jelas riak wajah kakitangannya sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh majikan.
Kegembiraan 60 pekerja Khairul Aming tak terhenti disitu, mereka turut dibawa melawati pelbagai kawasan menarik di sekeliling pulau itu.
Antaranya ialah berkunjung ke akuarium, melawati kawasan paya bakau, snorkelling, memberi makanan kepada burung helang, singgah di gua dan sebagainya.
Tidak ketinggalan aktiviti wajib berkunjung pulau itu iaitu menaiki kereta kabel dan menikmati panorama dari atas Gunung Mat Chinchang.
Baca juga: Powerlah! Gordon Ramsay puji Khairul Aming masak puding orang Maori, hasil kerja setanding chef
Aktiviti terakhir ialah makan malam di restoran di mana para pekerja diraikan dengan ‘makan-makan’ di sebuah restoran.
"Finally, kita reserve satu restoran dekat sana untuk diorang makan ramai-ramai dalam tu, enjoy masakan kampung.
"Alhamdulillah, kesemua 60 orang staf sangatlah happy,” katanya lagi.
Pempengaruh yang terkenal dengan video masakan yang tular terutama ketika bulan Ramadan itu benar-benar mengejutkan ramai.
Warganet rata-rata memuji sikap prihatin beliau dalam menghargai dan menjaga kebajikan kakitangan.
Ujar mereka:
-" Majikan contoh. Semoga saya dan kita semua yang bekerja sendiri dapat jadi macam ni juga, aamin.”
-"Saya teringat masa bekerja di AS based company di Penang. Bonus kepada pekerja dan faedah memang superb. Sebagai pekerja kami rasa sangat dihargai dan sayang kepada company. Lebih kurang macam Khairul Aming buat kepada pekerjanya.”
-"Jaga kebajikan, praktik hukum agama, asingkan lelaki dengan perempuan. Lelaki pun pakai short still cover aurat. Well bro, you are really something! Semoga makin murah rezeki.”
-"Dapat bos yang baik itu pun adalah satu rezeki. Bukan semua orang ALLAH pilih jadi staf Khairul Aming.”
-"Influencer paling saya respect. Tak payah gimik, tak payah jual maruah. Terbaik”
Tidak hanya majikan sebagai majikan contoh, baru-baru ini Khairul Aming Brand juga menerima dua anugerah daripada platform jualan online iaitu Shopee iaitu Best New Seller Award dan Best Customer Service Award.
Lebih manis lagi sepanjang dua tahun perniagaan, sebanyak 1.5 juta botol Sambal Nyet telah terjual dengan total jualan RM21.5 juta.
Sumber: Instagram Khairul Aming
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.