Pelakon Thor dan Star Wars, Ray Stevenson meninggal dunia pada usia 58 tahun

Iklan
Ray Stevenson

Pelakon Thor dan Star Wars, Ray Stevenson meninggal dunia pada usia 58 tahun

PELAKON Ray Stevenson yang masyhur menerusi lakonannya dalam filem terbitan Hollywood, Thor dan Star Wars menghembuskan nafas terakhir empat hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-59.

Iklan
Iklan

Berita pemergian Stevenson disahkan ejen publisitinya kepada portal berita BBC, tetapi, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kematiannya yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, punca kematian pelakon itu sehingga kini masih belum disahkan, namun, mendiang dilaporkan telah menerima rawatan ketika sedang menjalani penggambaran di Pulau Ischia, Itali.

Iklan

Stevenson membintangi filem Thor pada 2011 dan dalam karya itu, mendiang memegang watak Volstagg.

Baca juga Tak Segampang Itu jadi taruhan Anggi Marito

Iklan

[caption id="attachment_114998" width="800"] Ray Stevensen pada April lalu ketika Star Wars Celebration 2023 di London. Kredit foto: BBC[/caption]

Sementara dalam filem Star Wars: The Last Jedi (2017) pula, dia melakonkan watak Kes Vexley.

Selain itu, Stevenson juga pernah membintangi siri televisyen seperti Rome dan Punisher: War Zone.

Mendiang Stevenson dilahirkan di Utara Ireland, namun, berhijrah ke England ketika usianya 8 tahun.

Baca juga Henry Golding bakal timang anak kedua

Bapanya yang berkhidmat sebagai Tentera Udara Diraja ditempatkan di Lisburn, wilayah Antrim semasa Stevenson dilahirkan pada 1964.

Minat dan kecenderungannya dalam bidang lakonan mula berputik selepas dia menyaksikan John Malkovich membintangi sebuah pementasan teater di West End, London.

Baca juga "Selagi masih boleh bergerak, saya akan terus berlakon filem” – Jackie Chan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.