Henry Golding bakal timang anak kedua
BINTANG Malaysia yang kini semakin gah di Hollywood, Henry Golding, berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Liv Lo, 37, yang kini sedang hamil anak kedua mereka.
Aktor berusia 36 tahun yang berasal dari Betong, Sarawak itu turut berkongsi dua gambar hitam putih bersama isteri dan anak pertama mereka, Lyla Golding, 2, beserta kapsyen ringkas.
"Menghampiri," tulisnya di keterangan gambar.
Liv turut memuat naik gambar sama dan berkongsi tarikh jangkaan anak kedua mereka bakal dilahirkan.
"Oh hey! Bayi baharu dalam perjalanan, bersalin 1 September," katanya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 2016 selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.
Henry yang mula menyerlah di Hollywood selepas tayangan Crazy Rich Asians pada 2018 bakal tampil dengan filem The Ministry of Ungentlemanly dan turut bergandingan dengan bintang popular seperti Henry Cavill, Eiza Gonzalez dan Alan Ritchson.
Filem arahan Guy Ritchie itu dijangka menemui penonton pada tahun 2024.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang