Menarik! WhatsApp benarkan pengguna 'edit' mesej yang sudah dikirim

Iklan
WhatsApp beri amaran khidmat terhenti buat beberapa telefon bermula 1 Jan ini

Menarik! WhatsApp benarkan pengguna 'edit' mesej yang sudah dikirim

APLIKASI mesej WhatsApp nampaknya sentiasa mengemas kini ciri terbaru yang lebih efisien bagi memudahkan penggunanya.

Iklan
Iklan

Terbaru, WhatsApp kini membenarkan pengguna untuk menyunting mesej yang telah dihantar termasuk membuat perubahan atau memperbetulkan mesej yang telah dikirim mereka sebelum itu.

Menurut laporan Reuters, fungsi ini membolehkan pengguna membuat perubahan atau memperbetulkan mesej yang telah dikirim mereka sebelum itu.

Iklan

Baca juga Delete for everyone & chat 2 hari lepas, sembunyi status online, left group secara senyap, ini pembaharuan WhatsApp

Dengan kemampuan ini, pengguna dapat mengubah teks, mengganti kata atau menambah maklumat baharu dalam mesej yang telah dihantar.

Iklan

Dalam pada itu, proses suntingan ini juga tidak akan meninggalkan pemberitahuan atau notifikasi kepada penerima mesej mengenai perubahan yang dilakukan.

Menariknya! Bagi mereka yang sering membuat kesalahan ejaan atau ingin mengemas kini maklumat dalam mesej, fungsi suntingan ini memberi fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar.

Bagaimanapun, WhatsApp mengingatkan bahawa penggunaan fungsi suntingan ini harus digunakan dengan teliti dan bertanggungjawab.

Baca juga Cara Keluar Dari WhatsApp Group Mudah, Ahli Tak Perasan

[caption id="attachment_115003" width="800"] Perkongsian FB Mark Zuckerberg[/caption]

Pengguna juga perlu memastikan perubahan yang dibuat tidak menyebabkan salah faham atau mengubah maksud mesej asal.

Dengan penambahan fungsi suntingan ini, WhatsApp memberi pengguna lebih banyak kawalan dan kemudahan dalam berkomunikasi melalui platform mereka.

Baca juga Ciri baru WhatsApp, pengguna boleh dapatkan semula chat dipadam, ‘admin’ dibenarkan ‘delete’ mesej grup

Menjengah ke laman Facebook pengasasnya, Mark Zuckerberg turut berkongsi perkara berikut.

Ujarnya,"anda kini boleh mengedit mesej WhatsApp anda sehingga 15 minit selepas ia dihantar!"

Gunalah sebaik mungkin kemudahan yang disediakan. Berkomunikasilah dengan berpada-pada.

Baca juga 2 cara keluar dari WhatsApp group. Mudah, tak akan ada yang perasan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.