2 cara keluar dari WhatsApp group. Mudah, tak akan ada yang perasan

A
A
A

APLIKASI WhatsApp antara aplikasi telefon pintar yang menghubungkan setiap individu dengan mudah.

Malah korang tidak memerlukan wang untuk memasang aplikasi Whatsapp di telefon pintar dan ia percuma, cukup sekadar dapatkan data Internet sahaja.

Melalui aplikasi pintar ini, korang boleh menghantar mesej, gambar, video, audio dan pesanan suara dengan mudah tanpa kos yang tinggi.

Malah penggunaan data yang kecil berbanding aplikasi-aplikasi lain menjadikan ia menjadi pilihan ramai.

WhatsApp group membolehkan korang berkomunikasi dengan lebih 50 orang rakan dalam ruangan 'group'.

Kadang-kala, kita akan ‘dijemput’ masuk ke pelbagai kumpulan di aplikasi WhatsApp tanpa pengetahuan kita.

Perkara ini amat menjengkelkan apabila korang memang tidak mahu terlibat secara aktif di kumpulan tersebut.

Atau mungkin disebabkan oleh kehadiran ahli yang 'toksik' menyebabkan korang kurang senang. Malah terlalu banyak notifikasi daripada pelbagai kumpulan daripada aplikasi ini juga boleh menyebabkan bateri telefon pintar cepat habis.

 

Baca juga: Comel dan berkesan menyampaikan mesej, tapi 18 Emoji di WhatsApp ini selalu disalah guna

 

Bagi yang rasa serba salah untuk leftgroup begitu sahaja atau risau rakan-rakan berkecil hati bolehlah melakukan dua cara untuk keluar dari kumpulan tersebut secara senyap tanpa disedari ahli yang lain.

Cara meninggalkan kumpulan WhatsApp boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu menukar nombor. Walaupun korang perlu melalui beberapa cara, kaedah ini cukup sangat berkesan tanpa meninggalkan kesan yang mencurigakan dan tentu saja tanpa jejak.

a) Keluar Whatsapp group dengan cara menukar nombor telefon secara sementara

Cara pertama untuk meninggalkan kumpulan WhatsApp ini boleh dilakukan tanpa menukar nombor secara kekal. Walau bagaimanapun, korang masih perlu menyediakan satu nombor telefon baru untuk dipasang sementara sehingga proses keluar itu selesai.

Cara-caranya

1. Pergi ke bahagian ‘setting’ di WhatsApp.

2. Klik ‘account.’

3. Pilih bahagian ‘tukar nombor’, kemudian masukkan nombor baru yang korang sudah sediakan.

4. Masukkan nombor lama dan nombor baru.

5. Dalam kumpulan WhatsApp korang, ahli akan menerima pemberitahuan bahawa akaun telah menukar nombor mereka dengan menunjukkan nombor korang yang baru. Tidak perlu risau, pemberitahuan ini sering diabaikan oleh ramai orang di WhatsAppp.

6. Setelah nombor telah terganti, pilih kumpulan WhatsApp yang sasarkan itu dan kemudian di bahagian profil kumpulan tersebut, klik ‘exit group’ di bahagian paling bawah.

Setelah selesai proses pengeluaran dari kumpulan itu, masukkan kembali nombor lama anda.

Namun cara ini juga ada kelemahannya kerana ia agak rumit kerana korang memerlukan dua nombor dan memerlukan proses yang panjang. Untuk mengelakkan kehilangan data akibat penukaran nombor telefon, pastikan korang ‘backup’ data telefon korang di ‘iCloud’ atau ‘Google Drive

b)Keluar kumpulan WhatsApp dengan ‘mute’ selamanya

Kaedah terakhir ini adalah alternatif bagi korang yang ingin nyah aktif sesetengah kumpulan. Walaupun korang masih menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut, dengan mengaktifkan mod senyap selama-lamanya, korang tidak akan menerima notifikasi walaupun banyak mesej baru yang diterima.

Cara ini boleh dibuat dengan langkah ‘mute notification’ dan klik pada bahagian ‘always’. Dengan ini, korang akan bebas daripada sebarang aktiviti di kumpulan WhatsApps tersebut.

 

Baca juga: [VIDEO] Tak payah beli dah, cetak sampul duit raya di rumah sahaja. Mudah betul!

 

Melakukan perkara ini bukanlah bermaksud korang memutuskan silaturahim. Namun untuk mengelakkan orang yang toksik dan situasi yang kurang menyenangkan. Diharapkan dengan cara ini dapat memberikan kesihatan mental yang lebih baik dan ketenangan.

 

Sumber: CNN Indonesia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca