Wanita kongsi cara buat roti 'benggali' bakar legend bikin ramai terliur, melting habis!

Iklan
Wanita kongsi cara buat roti 'benggali' bakar lajen bikin ramai terliur, melting habis!

Wanita kongsi cara buat roti 'benggali' bakar legend bikin ramai terliur, melting habis!

KALAU anda biasa bersarapan di kopitiam, menu roti bakar merupakan salah satu menu yang popular dan wajib cuba.

Iklan
Iklan

Kebiasaannya orang akan makan roti bakar bersama kopi panas memang sedap.

Pelbagai resipi roti bakar yang boleh dibuat, namun perkongsian seorang wanita dikenali Cikgu Afy AL Habibi ini amat menarik perhatian ramai.

Iklan

Ujarnya menu itu diberi nama Roti Butut Bakar Mok ‘Rare’ kerana ia adalah resipi turun temurun nenek moyangnya dan semestinya mempunyai kesedapan yang unik.

Roti butut ini mungkin dipanggil dengan roti bantal atau roti benggali mengikut kawasan dan negeri.

Iklan

Biasanya menu itu disajikan ketika sarapan pagi mereka sekeluarga. Ia sangat mudah dan juga mengenyangkan perut.

Cuba juga Nasi kuning versi Tawau, hidangan sarapan pagi masyarakat Tawau. Roti Kahwin, Mi Tauhu pun sedap!

Perkongsiannya kini mendapat hampir 2,500 shares sejak tujuh jam lalu dan ternyata buat ramai rasa terliur.

Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah potong, sapu-sapu, celup dan bakar. Dah siap! Meltingnya...

Jom cuba, simple tapi sedap. Anak-anak pasti suka ni!

Bahan-bahan;

Cara membuatnya;

1. Sapukan roti dengan marjerin. Kemudian sapukan telur pada roti tersebut.

2. Panaskan kuali atau pan [Beli di sini] yang turut diletakkan marjerin. Bakar menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.

3. Siap semua bolehlah disusun dalam dulang ke pinggan. Bolehlah diletak sapuan pilihan. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap! Siap untuk dihidang.

Cuba juga Roti jala halus bak benang ini rahsia tentukan kepekatan adunan, pusaran mesti sebesar kelingking

Aduhai. Melting rasanya. Makan panas-panas dengan kesayangan. Syok betul. Selamat mencuba.

Tip: Ya, memang ter’over’ susu cikgu sapu tu. Jangan selalu tau. Makan manis-manis mudah berat naik dan tak elok untuk kesihatan.

Baca juga Ini cara buat susu pekat manis sendiri, senang je guna 3 bahan

Sumber: Cikgu Afy AL Habibi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.