Nasi kuning versi Tawau, hidangan sarapan pagi masyarakat Tawau. Roti Kahwin, Mi Tauhu pun sedap!

A
A
A

Nasi kuning versi Tawau, hidangan sarapan pagi masyarakat Tawau. Roti Kahwin, Mi Tauhu pun sedap!

JIKA di Semenanjung Malaysia terkenal dengan nasi lemak sebagai menu sarapan pagi, berbeza pula dengan masyarakat di Tawau, Sabah.

Pagi mereka tidak lengkap tanpa hidangan nasi kuning. Bahkan, ada juga yang memilih untuk menikmati hidangan berkenaan pada waktu tengah hari atau lewat malam.

Kepada anda yang mungkin bakal terbang ke Tawau, SinarPlus syorkan untuk singgah ke Restoran Haji Tamrin yang terletak di Jalan Sim Hua Seng untuk menikmati menu istimewa berkenaan.

Cara hidangannya hampir sama dengan nasi lemak. Ada yang dibungkus dengan daun pisang atau disajikan secara bufet.

Menurut pemilik Restoran Haji Tamrin, Halim Ahmad, bukan hanya penduduk setempat yang menggemari makanan tersebut, malah ia turut popular dalam kalangan pelancong luar.

Keenakan rasanya tidak berubah sejak premis makanan tersebut mula beroperasi pada tahun 1979. Ketika itu, ia dikendalikan oleh ayah mertua Halim yang dikenali sebagai Tamrin dan isterinya, Ratnawaty Rusda.

Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

"Sebenarnya sajian nasi kuning yang kami hasilkan ini adalah warisan daripada keluarga mertua. Kemudian, saya perturunkan kepada isteri saya. Alhamdulillah, sehingga kini kami masih meneruskan legasi bisnes tersebut," katanya ketika ditemui di premis beliau sempena program Journey To The East Coast of Sabah ke Lahad Datu anjuran Tourism Malaysia Sabah baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Halim berkata, bagi memastikan keenakan nasi kuning terpelihara, beliau hanya menggunakan bahan-bahan yang asli dan segar sahaja. Antaranya seperti kunyit, santan segar, serai dan halia serta daun salam.

 

"Biasanya saya akan guna beras wangi bagi menjadikan nasi lebih harum dan sedap," katanya.

Tidak lengkap nasi kuning tanpa padanan lauk-pauk. Secara keseluruhan, ujar Halim, terdapat sembilan jenis masakan berasaskan ayam yang dimasak. Selain ayam masak rendang, ayam masak merah, Restoran Haji Tamrin menyediakan ayam percik leleh dan ayam goreng KFC (Kampung Fried Chicken).

Bagi penggemar ikan pula, boleh memilih sama ada mahu merasa ikan tuna (sirip kuning) atau ikan Putih Mengali.

"Lebih menarik lagi, nasi kuning kami turut dihidangkan bersama telur rebus atau telur mata dan juga serunding kelapa serta tempe goreng. Terdapat juga menu lain iaitu daging masak merah dan masak rendang," kongsinya lagi sambil memberitahu, beliau menggunakan platform media sosial dan bantuan sanak saudara serta kenalan untuk mempromosikan Restoran Haji Tamrin.

Tidak cukup dengan itu, restoran itu turut menghidangkan kudapan lain iaitu Roti Kahwin yang dibuat sendiri oleh pihak restoran.

Apa yang penulis boleh katakan, roti yang penuh dengan inti kaya itu sangat lembut dan enak. Paling penting, ia bebas daripada bahan pengawet.

Di samping itu, Halim memberitahu, Mi Tauhu yang mempunyai gabungan rasa, pedas dan manis juga antara menu paling dicari para pelanggan di premisnya.

NASI kuning versi Tawau yang ditawarkan oleh Restoran Haji Tamrin di Lahad Datu, Sabah menunjukkan sajian itu boleh didapati di mana-mana. Bezanya mungkin dari segi rasa.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Di Semenanjung Malaysia, nasi kuning terkenal di beberapa lokasi terutama di negeri utara tanah air. Bagaimanapun, populariti kulinari itu mendorong beberapa pengusaha memperluaskan cawangan mereka di Lembah Klang.

Berikut senarai premis yang boleh dikunjungi oleh pembaca SinarPlus jika berada di kawasan berdekatan:

Pak Syed Nasi Kuning

Alamat: Blok 25, Bandar Baru Sentul Bandar Baru Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11 Pagi

Facebook: Pak Syed Nasi Kuning

Nasi Kalut Jitra Mai

Alamat : Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 10 malam

Facebook: Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kakchut Kg Berjaya

(Nasi Kuning)

Alamat : Market Kampung Berjaya, 1022, Kampung Berjaya, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: 7 pagi hingga 10:30 pagi

Warung Nasi Kuning

Alamat: Lot 6097, Jalan Anggerik, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000, Kajang, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang

Facebook: Warung Nasi kuning

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca