Comelnya sosej perahu buat kudapan, resipi mudah anak-anak suka, sekejap je licin
MEMIKAT selera anak memang tidak mudah. Gigih emak-emak bereksperimen dengan pelbagai resipi.
Kadang-kala buntu juga mencari masakan yang disukai anak-anak.
Selalunya resipi menu bergoreng dan rangup jarang ditolak. Apatah lagi jika bentuknya comel, memang sekejap je licin kan?
Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat masakan dari seberang ini. Bukan sahaja sedap, sosej perahu yang disediakan Sunita Sabtu ini telah meraih 1,600 perkongsian.
Baca juga: Comel & sedapnya puding sumi, ini resipi untuk 25 bekas, simple tapi laku keras
Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:
SOSEJ PERAHU
Bahan-bahan
6 batang sosej keju (potong dadu)
1 biji telur (dipukul)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili besar merah (potong kecil)
4-5 sudu besar tepung gandum
100ml air rebusan ayam atau air kosong
Daun bawang (potong kecil)
Serbuk lada putih
Garam secukupnya
Kulit dumpling secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan
1-Masukkan sosej ke dalam telur yang telah dipukul dan semua bahan.
2-Kacau rata dan ketepikan.
3-Ambik kulit dumpling potong dua. Buat keratan kecil pada bahagian atas dan bawah dan bentukkan ia seperti perahu (cara seperti gambar di bawah). Lekatkan dengan air kosong.
4-Selesai sediakan perahu, tuangkan adunan sosej ke dalamnya.
5-Panaskan minyak dan goreng secara terendam.
6-Goreng sehingga warna keemasan atau masak. Angkat dan toskan minyaknya.
7-Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi