Cucur crabstick 3 bahan memukau ramai, ibu wajib cuba ni buat menu potluck atau minum petang pun sedap!

MENU cucur adalah paling simple kerana bahan-bahannya yang diperlukan mudah didapati dan penyediaannya tidaklah memakan masa.

Ia juadaha paling sesuai untuk anda-anda yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk memasak.

Terdapat pelbagai jenis cucur yang sesuai dijadikan hidangan keluarga seperti gandum, jagung, udang, telur mahupun ikan bilis dan banyak lagi.

Namun kali ini apa kata ibu-ibu cuba membuat cucur crabstick guna tiga bahan mudah ini.

Rasanya seperti cucur ketam yang lazat dan tersangatlah mudah disediakan!

Perkongsian resipi ini oleh wanita dikenali Faez sangat menarik perhatian ramai. Ada yang mengatakan rasanya sangat sedap walaupun hanya guna tiga bahan.

Makan pula dengan sos cili Thai atau kuah kacang, fuhhh memang menjadi. Jom cuba!

Cuba juga Cucur, kuih-muih jadi lebih rangup dengan Seri-Aji, pilihan terbaik seisi keluarga

Bahan-bahannya;

  • Tepung serba guna Bestari
  • Tepung gandum
  • Sebiji telur
  • Crabstick

Cara membuatnya;

1. Bancuh semua bahan sehingga pekat seperti aduanan cucur. Masukkan crabstick ke dalam adunan (celup seperti goreng pisang) dan goreng dengan api yang sederhana.

Siap! Boleh dihidang.

Iklan

Baca juga Rangupnya! Resipi ayam goreng garing krup krap sedap, rahsianya kena salut bahan ini

Petang-petang kalau dapat makan cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar memang sedap. Menyandar la juga.

Cuba juga Comel & sedapnya puding sumi, ini resipi untuk 25 bekas, simple tapi laku keras

Iklan

Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba resipi cucur crabstick ini. Resipi simple jer. Tapi rasa memang best!

Sumber: Faez Cadar Murah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.