Kejamnya! Wanita maut ditikam, dibakar 2 kali oleh kekasih tidak bertanggungjawab dalam kebun sawit, kronologi menyayat hati

Iklan
1

Kejamnya! Wanita maut ditikam, dibakar 2 kali oleh kekasih tidak bertanggungjawab dalam kebun sawit, kronologi menyayat hati

KEJAMNYA! Seorang wanita bukan sahaja dibunuh, malah tubuhnya turut dibakar sebanyak dua kali oleh teman lelaki sendiri.

Iklan
Iklan

Siapa sangka seorang lelaki sanggup menganiaya wanita yang pernah disayangi dan dicintai hingga hayat wanita berusia 21 tahun itu tamat di tangannya.

Pembunuhan tragis yang berlaku di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor itu terbongkar apabila orang awam menemui mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8 pagi, 24 Mei 2023.

Iklan

[caption id="attachment_115136" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Baca juga: Enggan gugur kandungan, wanita hamil maut di tangan suami, tubuh 100% terbakar

Iklan

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata suspek adalah merupakan bekas penuntut kolej.

2-Lelaki itu telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum mereka bertengkar.

3-Wanita berkenaan dipukul di kepala dan dibunuh di lokasi berkenaan sekitar jam 10 malam.

4-Suspek berusia 20 tahun ditahan di sebuah kediaman di sekitar Sungai Besar pada 1.45 tengah hari.

5-Hasil siasatan awal mendapati jasad wanita itu dipercayai telah dibakar sebanyak dua kali bertujuan untuk melupuskan bukti.

6-Suspek didakwa memukul, menikam menggunakan pisau dapur. Lebih mengerikan, lelaki itu dipercayai telah menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada 10 malam kejadian.

7- Kira-kira jam 7 pagi keesokan hari lelaki itu kembali ke tempat kejadian dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar jasad teman wanitanya itu sekali lagi.

8-Lelaki itu turut membuang barang bukti termasuk barangan milik mangsa di sekitar Jalan Lama, Kuala Selangor.

9-Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Baca juga: Wanita ditembak bekas suami, tidak boleh terima kisah penceraian jadi ‘viral’ TikTok

10-Kedua-dua mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun lalu dan dipercayai kandungan mangsa telah berusia sekitar empat bulan.

11-Perselisihan faham  untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam itu.

12-Suspek direman selama enam hari bermula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa yang 60 peratus terbakar berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Baca juga: Wanita dikerat 11 bahagian selepas dibunuh bekas kekasih, ini kronologi kejadian sadis

Sumber: Bernama

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi