KEJAM! Seorang wanita bukan sahaja dibunuh, malah setiap anggota tubuhnya dikerat 11 bahagian sebelum dibuang ke dalam sungai di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Kholidatunnimah Aswirto yang berusia 24 tahun itu menjadi mangsa pembunuhan sadis oleh seorang lelaki yang juga dikatakan bekas kekasihnya.

Mangsa dikatakan dicekik oleh Imam Sobari, 32, sehingga mati pada malam 16 Julai lalu selepas suspek berang dan sakit hati berikutan mangsa memperlekehkannya tidak bekerja.

wanita dicekik

Motif dendam juga menjadi persoalan netizen kerana mangsa dikatakan pernah membuat laporan polis sebelum ini sehingga menyebabkan lelaki itu dipenjarakan selama enam tahun.

Selepas hukuman berakhir, difahamkan suspek kembali mencari Kholidatunnimah yang sudah berkahwin.

Bagaimanapun, berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan wanita muda tersebut terbunuh.

Lapor Kompas, suspek yang berjaya ditangkap pihak polis membuat pengakuan untuk setiap perbuatan durjana terbabit termasuk mengerat tubuh mangsa.

wanita dicekik

Menurut hasil siasatan, lokasi pembunuhan tersebut dikenal pasti di dalam bilik mandi di rumah mangsa sendiri di Jalan Soekarno-Hatta Bergas.

Suspek dikatakan kebingungan selepas mangsa tidak lagi bernyawa dan kemudiannya mengambil pisau dapur dengan niat mahu mengerat badan mangsa.

Baca juga Suami penggal kepala isteri, cemburu keterlaluan bawa padah

Mangsa yang diletakkan di dalam bilik air itu dikerat secara berperingkat bermula pada bahagian kaki, tangan, dada, punggung dan kepala tanpa perikemanusiaan.

SEMPAT CURI BARANG KEMAS

Lagi zalim, kesemua keratan badan tersebut disumbat ke dalam beg plastik sebelum dibuang secara berasingan di beberapa tempat dengan niat mahu mengaburi mata pihak berkuasa.

wanita dicekik

Lelaki tersebut juga mencuri dan menjual barang kemas milik mangsa yang bernilai lebih RM700 sebelum mahu melarikan diri.

Pun demikian, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga!

Penemuan keratan tangan kanan dan kiri bersama cebisan daging serta tulang di dalam plastik di dalam sungai oleh seorang kaki pancing membongkarkan kejadian mengerikan berkenaan.

Iklan

Baca juga Kronologi pelajar dinoda, badan dikerat, kepala direbus. Ahli farmasi dipenjara, diarah bayar pampasan RM192 ribu

Selepas laporan polis dibuat, beberapa anggota badan lain berjaya ditemui termasuk kad bank yang tertera nama mangsa.

wanita dicekik

Pada awalnya, pihak polis sukar untuk mengesan identiti mangsa disebabkan keadaan badan yang rosak teruk, namun sejurus siasatan lanjut, pelaku berjaya ditangkap baru-baru ini.

Menurut portal itu lagi, ayah mangsa turut tidak menyangka suspek yang merupakan jiran sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Baca juga Cinta dan lamaran ditolak, lelaki berdendam sembelih rakan universiti

Iklan

Keluarga malang berkenaan juga meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman paling berat kepada suspek sebagai pengajaran.

wanita dicekik

Kejadian tersebut sudah tentunya meninggalkan trauma kepada keluarga mangsa dan menggemparkan penduduk setempat.

Semoga insiden berdarah itu menjadi iktibar kepada semua khususnya wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan