GARA-gara enggan mengugurkan kandungan seperti dipinta suami, seorang wanita Lubnan maut dianiaya suami sendiri. Lebih menyayat hati 100 peratus bahagian tubuhnya terbakar.

Suami diamanahkan untuk menjaga keluarga iaitu isteri dan anak yang dilahirkan. Namun bagi wanita muda, Hana Mohammed Khodor, 21, terpaksa melalui episod duka penuh kekerasan sehingga menutup mata.

Baca juga: Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum

Baca juga: Isteri sedih suami ‘kaki gaduh’ buang beras dalam tandas, rosak mainan anak

Segala-galanya bermula apabila Hana dan suaminya yang dirujuk dengan singkatan nama A.A bertengkar tentang bayi yang bakal dilahirkan. Kandungan berusia lima bulan itu dikatakan tidak diingini lelaki itu kerana akan menambah beban kewangan keluarga.

Ibu saudara Hana yang merupakan saksi kejadian memberitahu stesen televisyen tempatan A.A. memukul wanita itu dengan kejam untuk memaksanya menggugurkan janin.

“Apabila Hana enggan menggugurkan bayi itu, dia membawanya pulang dan membakarnya menggunakan tong gas,” katanya.

Baca juga: Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan

Baca juga: Diumpan gerabak kelas pertama sebelum wanita diperlakukan kejam. Ini yang terjadi

Terbakar seluruh tubuh, wanita itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selepas dimasukkan ke hospital pada 6 Ogos, Hana dilaporkan kritikal dan lemah.

Menurut ArabNews, doktor yang merawat mengesahkan wanita itu melecur tahap ketiga dengan 100 peratus pada seluruh tubuh.

Hana yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjuang di antara hidup dan mati. Lebih menyedihkan, bayi dalam kandungannya juga meninggal dunia dan pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan bayi tersebut.

Baca juga: Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

Baca juga: Suami mahu berpoligami tak perlu kebenaran isteri pertama? Ini penjelasan peguam

 

Iklan

Sepanjang rawatan, Hana menerima transfusi platelet sebanyak lima pek sehari selain melalui pelbagai pembedahan dalam usaha menyelamatkan nyawa. Bagaimanapun 11 hari bersabung nyawa, Hana akhirnya meninggal dunia.

Suspek, A.A ditahan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan selepas cuba melarikan diri ke luar negara. Sebelum kematian wanita itu, keluarganya membuat beberapa rayuan untuk mendapatkan sokongan kewangan bagi menjelaskan bil rawatan hospital termasuk beberapa pembedahan dan pemindahan darah.

Sedih dan pilu keadaan dihadapi wanita muda ini, maut dengan kejam di tangan suami sendiri. Justeru, kaum Hawa wajar mengambil pengajaran dan mengetahui hak serta perlindungan apabila dianiaya oleh pasangan.

kes keganasan rumah tangga

5 bentuk keganasan rumahtangga
-Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan.
-Mencederakan secara fizikal.
-Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan seksual.
-Mengurung / menahan tanpa kerelaan.
-Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran.

Cara melaporkan kes keganasan rumahtangga
Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
1-Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau jajahan yang berhampiran.
2-Menghubungi Talian Kasih 15999.
3-Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan.

Iklan

Baca juga: Wanita dikerat 11 bahagian selepas dibunuh bekas kekasih, ini kronologi kejadian sadis

Baca juga: Gara-gara cemburu, wanita maut ditarik teman lelaki terjun tebing 25 meter

Sumber: Arab News 1, 2, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan