SEMPENA sambutan hari lahir Alisa Aisyah yang keempat tahun ini, ibunya yang juga pelakon dan usahawan jelita, Hanis Zalikha menganjurkan satu majlis khas di sebuah spa.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh Hanis, kelihatan anak kedua beliau begitu teruja dan gembira berpeluang menikmati rawatan yang disediakan di premis berkenaan.
Kata selebriti itu, sejak dahulu lagi lagi, Alisa sukakan kecantikan .
"Our little Alisa Aisyah kami kini berusia empat tahun. Hai sayang mommy daddy, jika anda membaca dan menonton ini, mommy harap Alisa tahu betapa kami menghargai Alisa sebagai anak perempuan kami.
"Alisa memang suka semua perkara yang cantik. Jadi, Alisa mesti menyukai setiap perkara hari ini! Happy birthday sayang!" demikian tulis Hanis menerusi kapsyennya.
Melihatkan garapan dekorasi berkonsepkan merah jambu, ia sememangnya menterjemahkan sifat feminin yang ada dalam diri si kecil itu.
ANAK PEREMPUAN KESAYANGAN
Malah, warga maya turut kagum dan tertarik melihat tema yang dipilih buat anak perempuan kesayangan pasangan Hanis dan Hairul Azreen.
Bahkan, ada yang bertanyakan lokasi yang menjadi pilihan mereka untuk sambutan hari lahir Alisa.
Biarpun Hanis tidak memberitahu dengan terperinci lokasi permata hatinya yang mendapat belaian persis puteri raja itu, namun ada antara warga maya membantu berkongsi nama spa berkenaan.
Berikut Sinarplus kongsikan beberapa komen daripada warga maya:
'Kat mane ni ye? Nak bawa anak perempuan saya lah. Mesti anak suka.'
'Boleh sesiapa kongsi lokasi tempat ini?.'
'Layanan puteri sebenar.'
'Hai little Keknis, happy birthday! Moga membesar dengan sihat dan gembira selalu.'
'Bestnya. Kalaulah boleh bawa anak-anak dara mama nanti.'
'Happy birthday Alisa comel. Semoga jadi anak yang baik dan dengar kata ibu bapa ya. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.'
'Cepatnya besar sayang Alisa. Cantik bijak sangat ni. Happy birthday sayang, semoga besar jadi anak solehah, bijak pandai dan banggakan mommy daddy.'
'Cantiknya Alisa. Sekejap je dah besar.'
Untuk rekod, Hanis dan Hairul melangsungkan pernikahan pada Jun 2015.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa.
Hmm…Hebat betul, kan sambutan hari lahir Alisa?
Bukan hanya warga maya sahaja yang teruja, SinarPlus pun turut terkesima melihat gambar dan video yang dikongsikan itu.
Untung betul Alisa ni!
Sumber: Instagram thealisaaisyah & haniszalikha
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.