SETIAP kali MUA Bellaz memuat naik perkongsian berkenaan anak-anaknya dalam media sosial, pasti akan meraih perhatian ramai.

Selain dikurniakan anak-anak yang comel dan cantik, telatah dan gelagat permata hati pempengaruh terkenal yang juga jurusolek itu sering membuatkan warga maya terhibur.

Justeru, setiap kali video mahupun gambar si cilik tersayang muncul menerusi Instagram mahupun TikTok, pasti cepat tular.

Baca ni ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

Ditambah pula dengan kapsyen yang dimuat naik Bellaz atau nama sebenarnya, Nur NabilaNur Nabila Zulyadaini Zulyadaini membuatkan ramai yang geli hati.

Isteri kesayangan Anuar Muhammad itu berkongsi karenah dan telatah anak-anaknya yang menyepahkan kembali rumah walaupun sebelum itu beliau sudah siap kemas.

RUMAH BERSEPAH

“Gamaknyaa anakku ni. Tahu tak mak mereka nak buat look suri rumah malam ni.”

“Sebelum live mereka ada minta KFC. Saya order siap-siap sebelum live. Selesai live turun tengok rumah habis bersepah,” ujar bellaz.

Malah, katanya lagi, rumahnya juga tidak pernah nampak kemas dalam tempoh yang lama.

Baca ni ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

“ALLAH anak-anakku, padahal baru kemas. Belum sempat seminit dua sudah habis sepah semula.

“Gambar ni betul-betul suri rumah. Gaya nak melawa, terus tak ada mood nak bergaya,” tulis Bellaz dalam loghat utaranya.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang terhibur dan ada yang memuji cara Bellaz yang menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.

Baca lagi ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Berikut antara komen yang dilontarkan pengikut Bellaz:

Iklan

‘Tak apa, yang penting suri rumah muka tetap onz.’

‘Geng anak ramai hadir. Struggle mak nak maintain lawa.’

‘Tengah kalut mengemas pon tetap lawa sis.’

‘Jaga anak jaga rumah pun, berhias lawa lagi. Kalau saya ni rasanya dah macam mak lampir dah.’

‘Suri rumah pon make up on point.’

‘The real look suri rumah.’

Iklan

‘Gaya suri rumah sangat yang tak sempat bersiap dengan anak-anak kecil.’

Sumber: Instagram muabellaz

Baca ni ‘Terletak elok, tak sibuk nak cabut.’ Maryam kongsi video Rina sarung hijab & jubah raih pujian ramai. Comelnya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.