LAMA tidak mendengar khabar pelakon Shima Anuar.

Usai mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017, kelibatnya dalam industri seni tidak lagi kelihatan.

Rupa-rupanya, anak kelahiran Rawang, Selangor itu kini semakin diulit bahagia.

Hasil perkongsian hidup, beliau dan suami dikurniakan dua cahaya mata.

Berpeluang bersua muka dengan pemilik nama sebenar, Noor Hashimah Anuar dalam satu majlis anjuran Clinelle baru-baru ini, SinarPlus sempat bertanyakan perkembangan terbaharunya.

Baca ni ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

“Alhamdulillah, anak sulung perempuan kini berumur enam tahun, yang kedua pula lelaki berusia empat tahun. Insya-ALLAH, tidak lama lagi saya dan suami bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Sekarang, usia kandungan sudah memasuki bulan kelapan. Jantina baby ketiga ini, kami (suami isteri) nak surprise. Jadi, tunggu lepas bayi lahir nanti,” kata Shima sambil tertawa kecil.

Baca ni Kekal cantik walau usia sudah 50-an, pelakon Laila Nasir dedah rajin amal masker putih telur, madu & jus pegaga!

INGIN ANAK RAMAI
Melihat jarak usia anak-anaknya yang berbeza dua tahun, sempat penulis layangkan persoalan sama ada beliau memang merancang untuk miliki anak ramai.

“Saya dan suami memang suka anak ramai. Cuma mungkin selepas yang ketiga ini lahir, kami akan merancang terlebih dahulu sebelum menambah ahli baru dalam keluarga,” ujar pelakon filem 7 Petala Cinta itu lagi.

 

Berkongsi lanjut kehamilan kali ini, Shima mengakui berdepan dengan alahan yang teruk sehingga tidak boleh bangun.

“Trimester pertama saya alami alahan teruk. Saya berdepan masalah sukar untuk bangun dan kena banyak berbaring. Apabila bangun terasa mahu pitam.

“Pun begitu, saya enggan layan situasi tersebut. Biasanya apa yang saya lakukan adalah ambil masa seketika, relak dan berfikiran positif. Insya-ALLAH lama-kelamaan okey,” jelas duta Clinelle itu.

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

RAHSIA TAMPIL CANTIK

Iklan

Biarpun kini dalam trimester terakhir kehamilan, namun Shima tetap tampak anggun bergaya.

Sempat penulis merisik rahsia beliau sentiasa tampil cantik.

Sambil ketawa, beliau mengakui tiada sebarang rahsia atau amalan tertentu. Cuma kata empunya diri, sejak dahulu lagi beliau sangat menitikberatkan bab kesihatan.

Baca lagi ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Sementelah usia semakin hari semakin meningkat.

Iklan

“Saya miliki kulit jenis kering dan berat badan pula jenis yang mudah naik. Sebab itu, saya kena kawal sendiri terutama bab pemakanan yang sihat dan seimbang.

“Walaupun sedang mengandung, saya tetap melakukan senaman. Selain itu, saya pastikan minum air tiga liter sehari, itu wajib,” kongsi Shima yang turut mengamalkan pengambilan ulam-ulaman selain penggunaan produk Clinelle.

Sumber gambar: Instagram shimanuar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.