Bimbang beli kenderaan terpakai bikin poket kerap kempis, ini tip terbaik elak tanggung rugi

Iklan
kenderaan terpakai tip

PATAH kaki disebabkan tak ada kenderaan untuk ulang-alik kerja, kadang-kadang menjadi isu yang memeningkan.

Jika bergantung kepada servis grab atau sistem e-hailing, kempis poket kita kalau terpaksa bayar setiap hari.

Iklan
Iklan

Mahu beli kereta baharu, duit gaji pula tak lepas nak buat loan bank. Memang serabut dibuatnya.

Ramai yang beranggapan, jika beli kereta terpakai lebih jimat dan tak menanggung hutang yang banyak setiap bulan.

Iklan

Banyak isu yang dikongsikan di media sosial mengenai use car sebab kena tanggung kerosakan tersembunyi.

[caption id="attachment_115508" width="800"] SUMBER foto PEXELS.[/caption]

Iklan

Pun demikian, perkongsian pemilik akaun TikTok, Jang1745 mungkin membuka mata mereka yang mempunyai persepsi negatif terhadap kereta second hand.

Katanya, sebelum membeli, beliau menyarankan agar pemeriksaan dilakukan terlebih dulu. Antara yang perlu dititik beratkan adalah:

i) Periksa dulu tayar kereta dikeluarkan pada tahun bila sebab kalau tahun 2020, masih okey untuk dipertimbangkan.

Baca juga Kereta tenggelam banjir, jangan hidupkan enjin. Lakukan 9 tip ini

ii) Enjin kena pastikan supaya tiada leaking. Sila buka hut depan dan periksa enjin sebab kalau ada kebocoran, banyak kos yang kena baiki.

iii) Ekzos kereta kalau dicalit dengan tangan ada banyak karbon hitam, maknanya enjin sudah kotor.

Bab leaking kata beliau, pembeli perlu test drive kereta dalam 10 minit untuk lihat sama ada enjin ada kebocoran atau tidak.

Kalau part yang bocor itu tak teruk sangat, bolehlah kalau nak beli.

Baca juga Wanita wajib pandai bawa kereta, waktu terdesak tak bergantung harap, 10 tip ini kena tahu

Cuma jika melibatkan alat ganti yang beribu-riban, silalah pilih kereta yang lain.

Lagi check list yang perlu dititikberatkan adalah part welding.

Sebelum beli kereta, anda boleh buka lapisan getah pada pintu supaya dapat detect kesan welding atau tidak.

Bimbang jika terbeli kereta potong, bahaya bila kemalangan boleh putus dua.

Paling penting, soal beli kereta adalah hal keselamatan yang tak boleh dipandang remeh.

Jadi, jangan terburu-buru membeli, pastikan kereta yang dipilih dijamin selamat. Kalau dapat harga murah, itu satu bonus.

Okey! Selamat beramal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi