UMUM maklum negara kita sekarang sedang dilanda banjir bukan sahaja di Pantai Timur malah turut mengakibatkan Lembah Klang menjadi lumpuh.

Apa paling dirisaukan ramai bukan saja masalah kesesakan teruk dan kehilangan harta benda tetapi juga risiko kenderaan yang ditenggelami banjir.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jika kereta sudah dimasuki air sampai ke dalam ruang kabin, apa boleh buat. Terpaksalah pasrah dan berdoa.

Namun, ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta kita masih dapat dipulihkan dan beroperasi seperti sedia kala.

Ini sembilan tip yang boleh dilakukan jika kereta tenggelam banjir.

1. Hubungi syarikat insurans

Perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda.

Sekiranya tiada, korang masih ada peluang meminta khidmat menunda kereta ke bengkel. Ini servis standard yang biasa ditawarkan semua syarikat insurans, tetapi berbeza mengikut jarak tundaan dibuat.

Baca juga Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

2. Jangan hidupkan enjin

Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas banjir reda.

Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal.

3. Kenal pasti kedalaman kereta tenggelam

Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta.
Syarikat insurans akan menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka.

Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.

4. Keringkan kabin kereta

Garis lumpur dan selut hanya berguna untuk menilai tahap kenderaan ditenggelami air. Namun, kita tidak tahu seberapa banyak air yang masih ada dalam kereta.

Jadi, pintu dan tingkap perlu dibuka, serta letakkan tuala atas lantai untuk mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin.

Ini juga membantu korang menggantikan barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu, dan pelapik kerusi. Ingat, kerosakan itu mungkin turut dilindungi polisi insurans komprehensif korang.

banjir

5. Periksa minyak dan penapis udara

Jika nampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin.

Terus tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain.
Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.

6. Periksa semua bendalir

Sistem bahan api pada model kereta baharu biasanya ditutup rapi, tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac, stereng kuasa, dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran.

Sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya dilakukan mekanik bertauliah. Lebih elok jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.

7. Periksa semua sistem elektrik

Iklan

Kemudian, periksa semua sistem elektrikal. Pulas kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta.
Periksa setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi, dan lampu kabin.

Jika perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik, dan ingat, kereta korang mungkin dilindungi insurans.

8. Periksa roda dan tayar

Sebelum memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul sekitar roda, brek, dan bawah kereta.
Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.

Baca juga Touch n Go, SmartTAG bakal mansuh. Ini cara mudah pasang, aktifkan RFID pada kenderaaan

Iklan

9. Isytihar ‘total loss’ kalau tidak yajin mampu baik pulih kereta

Kereta ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan atau bertahun lama selepas kejadian.

Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta korang sebagai rugi penuh (total loss).

Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan korang daripada sakit kepala.

Sumber: LiveAbout.com