Harga gula putih akan naik? Mungkin boleh diganti gula kelapa, ini khasiat yang ramai tak tahu

Iklan
gula putih

Harga gula putih akan naik? Mungkin boleh diganti gula kelapa, ini khasiat yang ramai tak tahu

HARGA gula putih akan naik namun bukanlah dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

MSM Malaysia Holding Bhd (MSM) berhasrat menyemak semula harga runcit gula berikutan peningkatan kos pengeluaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad, harga runcit gula ketika ini dianggap tidak lagi munasabah hingga menyebabkan syarikat terpaksa menampung margin keuntungan yang negatif.

Iklan

Ujarnya, MSM sedang dalam proses menyemak semula harga jualan runcit dan lebih banyak akan dicapai pada separuh kedua 2023.

Katanya lagi, pada masa sama, dalam langkah menaikkan harga itu, kumpulan juga perlu memberi pelanggan masa untuk sedia menerima dan menyesuaikan diri dengan harga baharu.

Iklan

[caption id="attachment_21755" width="800"] GULA pasir antara sumber yang mempunyai fruktosa yang tinggi.[/caption]

Bagaimanapun kata Syed Feizal, gula premium baharu yang dikeluarkan pada tahun ini sekurang-kurangnya akan membolehkan kami lebih sedikit dari segi mengurus atau menyerap kos input.

Menurut Syed Feizal, harga gula meningkat disebabkan empat faktor iaitu;

  • Kos gula mentah
  • Bahan api
  • Logistik
  • Kelemahan ringgit

Katanya, gula mentah mewakili sekitar 80 peratus daripada kos pengeluaran manakala tenaga menyaksikan kenaikan 65 peratus harga gas yang menyebabkan kos penapisan lebih tinggi selain kos logistik meningkat dua kali ganda.

"Malah, kelemahan ringgit juga turut memberi kesan kepada kos operasi pengeluaran kumpulan. Pertukaran mata wang asing 5.2 peratus lebih tinggi.

"Empat elemen inilah yang memberi cabaran kepada kumpulan kerana ketika ini ia memberikan margin untung kasar negatif," katanya.

Harga runcit gula di Malaysia adalah terendah di Asia serta tidak meningkat sejak 2013 apabila kerajaan menghentikan subsidi gula.

Sementara itu, tahukah anda bahawa gula kelapa (palm sugar) mampu gantikan gula putih kerana khasiatnya tidak dinafikan sangat bagus untuk pengambilan seharian.

Gula kelapa adalah manisan semula jadi yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan.

Antaranya gula Melaka, gula kabong, manise, gula nipah, gula merah dan sebagainya.

Tambah lagi, gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.

Gula kelapa juga mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dengan gula pasir yang hampir tiada mineral.

Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh sahaja bukan untuk mendapat rasa manis.

Baca juga Sejuk, enak diminum ketika berbuka puasa, adakah air tebu sama macam ambil gula putih?

KEHEBATAN DAN KHASIAT GULA KELAPA

1. Jumlah elektrolit

Apa contoh elektrolit? Potassium, magnesium dan sodium. Penting untuk fungsi otot, saraf, organ dan sel sel.

2. Rendah GI

Hampir sama dengan GI gula yang ditemui dalam buah.

3. Anti oksida asli

Tidak diletak bahan kimia atau bahan tambahan lain. Nutrien dikekalkan dalam bentuk asal.

4. Ada inulin

Tiada dalam gula lain. Pastikan usus sihat. Gula dalam darah dikawal. Halang penyakit bahaya seperti kanser.

Baca juga Selain garam dan gula, jangan bagi anak makan makanan ini. Poin nombor 4 memang ramai tak sangka

5. 100% bebas ‘bone-char’

Pernah dengar? Bone-char adalah sebatian tulang haiwan yang sering digunakan. Untuk putihkan gula dan kekalkan kehalusannya. Ni ramai tak tahu.

6. Non-GMO

Gula kelapa adalah 100 organik. Produk GMO banyak dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.

7. Kaya vitamin dan mineral

Tiada pada gula putih. Seperti asid amino, vitamin C, vitamin B. Gula kelapa senang ditukarkan kepada nisbah 1:1.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Buletin TV3, Dr Rizal Abu Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.