Sejuk, enak diminum ketika berbuka puasa, adakah air tebu sama macam ambil gula putih?

AIR tebu sejuk enak diminum terutama masa berbuka puasa. Rasa manisnya buat penghilang dahaga.

Bulan puasa tak lama dah. Kecur air liur teringat air tebu yang bakal dijual di bazar Ramadan nanti.

Yang pernah rasa mesti tahu. Betapa manisnya air tebu menyegarkan tekak yang sedang haus.

Tapi mesti ada yang tertanya-tanya adakah kesan minum air tebu ini sama buruk kesannya macam ambil gula putih?

Menurut pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar air tebu manis kerana kerana hadirnya gula semula jadi iaitu sukrosa selain ia tinggi kandungan mineral dan vitamin, kalsium, kalium, zat besi, thiamin, magensium, riboflavin dan manganese.

Baca juga Bahaya makan tiram mentah, walau sudah diperah dengan lemon atau dibubuh sos, masih lagi tak selamat

Namun, ujarya, ada satu fakta ramai kurang tahu bahawa gula putih adalah berbeza dengan gula semula jadi yang ada dalam tebu walaupun kedua-duanya manis. Kenapa pula berbeza? Bukan sumber sama ke?

“Ya. Memang sumber sama tapi gula semula jadi dalam tumbuhan seperti buah dan tebu tak ditambah sebarang bahan kimia dan tak diproses. Paling unik.

“Gula asli dibentuk oleh serat, antioksida, air dan nutrien vitamin dan mineral. Jadi, gula asli dihadam oleh tubuh dengan lebih perlahan.

“Jadi ia tak akibatkan ‘sugar spike’ iaitu peningkatan mendadak gula dalam darah,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Dr Rizal, khasiat tebu boleh dituai jika ia diambil secara sederhana.

“Kalau masa berbuka tu sekali minum habis satu jug air tebu. Cari nahas namanya. Kalau nak minum, ambil 1 gelas sudah memadai.

“Sebab air tebu ada jumlah gula semula jadi yang tinggi. Jadi, kalori juga tinggi. Satu gelas ada 270 kcals atau bersamaan dengan 30-50g gula.

Jadi, elakkan kerap dan banyak minum air tebu kerana;

1. Risiko tinggi kena kencing manis. Selain sukrosa, ada gula asli fruktosa.

2. Bagi penghidap diabetes, mohon jauhkan diri. Lawan nafsu.

3. Jika kerap diminum boleh rosakkan lapisan enamel gigi. Gigi melemah. Risiko terbentuk kaviti. Gigi terasa ngilu.

4. Pengambilan jus tebu berlebihan boleh sakitkan perut.

5. Mudah berasa pening, loya dan sakit kepala.

6. Risiko untuk tidur terganggu disebabkan kehadiran policosanol. Policosanol juga boleh cairkan darah.

7. Beri kesan pada kenaikan paras kolesterol dalam darah.

Baca juga Bahaya makan tiram mentah, walau sudah diperah dengan lemon atau dibubuh sos, masih lagi tak selamat

Iklan

Tapi, anda juga perlu tahu bahawa air tebu juga ada khasiatnya jika diminum secara berdisiplin sama seperti air kelapa iaitu;

1. Energy booster

Air tebu bertindak sebagai ‘energy booster.’ Elak dehidrasi, bersifat alkali. Bantu seimbangkan elektrolit dalam badan. Jika diminum secara sederhana.

2. Kuatkan sistem usus

3. Bantu tingkatkan kekebalan usus untuk lawan jangkitan.

4. Dengan seimbangkan paras pH dan sokong rembesan asid perut.

3. Kebalkan sistem imun

Iklan

Kandungan kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan manganese yang tinggi serta flavonoid bantu rencatkan sel kanser daripada berkembang. Terutama sel kanser payu dara dan prostat.

4. Bersifat diuretik

  • Air tebu yang dicampur bersama perahan limau dan jus kelapa mengurangkan rasa sakit. Mengeluarkan toksin daripada badan.
  • Bantu redakan keradangan dalam tubuh disebabkan oleh jangkitan salur kencing (UTI), batu karang dan prostatitis.

5. Bagus untuk rambut

  • Air tebu juga boleh dibuat lulur rambut dan kulit kepala bagi mengelakkan daripada kering.
  • Ia jadikan rambut lebih lembut dan lurus.

6. Atasi jerawat

  • Air tebu ada glycolic acid (AHA) yang boleh bantu buang lebihan sel kulit mata dan elak pori tersumbat.
  • Ia juga bertindak mencegah minyak berlebihan pada kulit muka.

Semoga bermanfaat!

Sumber: neuroversiti

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.