SEBAGAI ibu, memang teruja tengok reaksi anak makan bermacam-macam jenis makanan.

Reaksi mereka itu akan membuatkan kita bersemangat nak masak.

Pun demikian, kita kena ingat bahawa tidak semua makanan sesuai diberikan kepada anak kecil terutama mereka yang berusia satu tahun ke bawah.

Public Health Malaysia baru-baru ini berkongsi tentang makanan yang tak perlu beri kepada si kecil. Antaranya:

1. Garam

Bayi tidak sepatutnya makan garam kerana ia tidak bagus untuk buah pinggang.

Tidak perlu menaikkan rasa makanan bayi dengan garam dan serbuk perasa.

Garam
SUMBER Lorena Martinez daripada PEXELS.

Sentiasa ingat, ketika memasak untuk orang dewasa, sediakan juga anak-anak makanan yang kurang garam.

Elakkan makanan seperti kentang goreng bergaram, jajan, fast food dan makanan luar untuk anak-anak kita. Kita tidak tahu kandungan garam dalam makanan tersebut.

2. Gula

Bayi tak memerlukan gula tambahan. Elakkan memberi minuman tinggi gula termasuk jus buah, minuman kultur dan sebagainya. Langkah ini boleh mengelakkan gigi rosak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

 

3.Lemak tepu

Makanan tinggi lemak tepu tidak baik untuk jantung dan salur darah. Elakkan memberi anak makanan yang tinggi lemak.

4.Madu

Madu mengandungi bakteria yang boleh merembeskan toksin dan akan menyebabkan botulism kepada anak kecil dan berbahaya kepada mereka.

Madu
SUMBER Roman Odintsov daripada PEXELS.

Jangan berikan madu sehingga anak mencapai umur satu tahun. Madu juga sejenis gula dan memang boleh mencegah gigi rosak.

5. Kekacang

Kekacang tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Terdapat banyak kes tercekik dilaporkan kebelakangan ini.

Jika mahu berikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas, pastikan ia dihancurkan.

Iklan

Hati-hati juga kerana ada anak-anak yang alergi pada kekacang dan kekurangan G6PD (kacang parang).

6. Telur mentah

Bayi boleh makan telur seawal usia enam bulan. Namun pastikan ianya dimasak sepenuhnya.

Telur
SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Bakteria salmonella yang ada pada telur boleh menyebabkan keracunan dan kematian. Bakteria tersebut akan mati jika telur dimasak sepenuhnya.

7. Makanan laut bercengkerang

Kerang, kepah, kupang, tiram perlu dimasak dengan baik. Jangan dimakan mentah atau kurang masak kerana boleh menyebabkan keracunan.

Daripada huraian PHM itu, diharap dapat beri panduan kepada mak-mak terutama yang masih muda.

Iklan

Baca juga: Bedung bayi memang boleh bantu anak tidur lena, tapi ini cara betul ketika cuaca panas

Baca juga: Wanita pakai mekap, perokok, individu tak sihat dan cirit-birit jangan sentuh bayi. Ini mungkin terjadi

Admin pun baru tahu, madu memang tak bagus untuk si kecil. Mungkin ramai juga tak tahu.

Oleh itu, sama-samalah kita beringat. Pantau sentiasa anak kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.