Daftar nama anak tanpa bin atau binti untuk mudahkan urusan trend terkini ibu bapa muda

Iklan
trend nama anak tak letak bin binti (1)

Daftar nama anak tanpa bin & binti untuk mudahkan urusan trend terkini ibu bapa muda

SUDAH menjadi kelaziman bagi masyarakat kita meletakkan nama yang indah dan dan penuh makna buat cahaya mata.

Iklan
Iklan

Selalunya nama si kecil dan bapanya akan dihubungkan dengan perkataan Arab ‘bin’ atau binti yang membawa makna ‘anak lelaki ’ dan ‘anak perempuan.’

Bagaimanapun timbul pula isu tular berkaitan di laman sosial berkaitan tindakan kalangan ibu bapa yang mendaftarkan nama anak tanpa meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dan nama ayah pada Mykid atau sijil kelahiran.

Iklan

Antara sebab yang diberikan ialah termasuk memudahkan urusan rasmi seperti mengisi borang dan pendaftaran di luar negara yang membabitkan ‘first name’ dan ‘surname’.

Malah ada yang mendakwa dipanggil Miss Binti oleh orang luar.

Iklan

Baca juga: Cara mudah tukar nama anak di JPN, mak-mak wajib tahu

[caption id="attachment_116514" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Namun sekiranya tidak diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ maka akan sukarlah untuk mengetahui jantina. Sementelah sesetengah nama lelaki dan perempuan pun seakan-akan sama.

Warga maya menjelaskan beberapa sebab lain ‘bin’ atau ‘binti’ tidak diletakkan pada nama anak masing-masing.

Antaranya kerana ia tidak wajib dan tidak diguna pakai di negara lain.

-"Memudahkan urusan di luar negara, paling simple explain senang utk isi form ticket flight. Anyway, no hate, bin binti ni tak wajib. Bukan bermakna kita ni tak ada mak bapak.”

-"Tidak mahu menyusahkan anak. Kadang-kadang nama bapa panjang tiga perkataan. Plus nama anak dua perkataan. Dengan bin/binti sudah jadi enam perkataan. Jadi elok drop bin/binti dan letak nama anak sahaja. Lagi pun pada surat beranak ada nama bapa.”

[caption id="attachment_116515" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

-"Orang Arab sendiri pun takde bin/binti. Ini cuma konvensyen nama orang Melayu (Malaysia/Singapura/Brunei).”

-"Kalau nama bapa pendek, disarankan ada bin/binti lah. Bila nama bapa panjang, susah nak but urusan diluar negara bila melibatkan Last Name. Sesetengah urusan diluar negara mengehadkan Last Name kepada beberapa huruf sahaja.”

Pun begitu, ramai juga netizen yang bersetuju ‘bin’ atau ‘binti’ dikekalkan sebagai kemudahan kepada pemilik nama pada kemudian hari.

-"Macam mana dengan proses kematian nanti? Nak baca talkin macam mana.”

-"Seperkara lagi, mempunyai nasab (bin atau binti) juga akan memudahkan keadaan. Ini kerana, nasab sangat penting dalam perundangan syaria terutamanya dalam hal faraid (pewarisan harta). ”

-"Bukan setakat jantina sahaja, ia akan melibatkan bab harta pusaka, wasiat, hibah, nasab, anak tidak sah taraf, mahram, wali, kahwin, ikrar dan lain-lain.

-"Kalau bukan beragama Islam, kita faham. Tapi kalau beragama Islam, kurang faham kenapa nak buang. Islam bagi cara yang mudah untuk kita.”

-"Tak faham kenapa nak buang. Itulah yang boleh bezakan kita lelaki atau perempuan. Kalau meninggal pun senang orang cari kubur sebab berbinkan ayah.”

Baca juga: Nama anak dipertikai kononnya tidak sesuai dengan jantina. Ini luahan ibunya

TIP MENAMAKAN BAYI BARU LAHIR 

Selain itu, SinarPlus ingin berkongsi tip buat ibu bapa yang baru menimang cahaya mata menamakan anak yang baru dilahirkan.

1-Harus untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahirannya.

2- Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.

3-Tentang waktu terbaik untuk memberikan nama kepada bayi, Pejabat Mufti Wilayah cenderung untuk memilih pendapat bahawa bayi yang baru dilahirkan adalah sebaiknya diberikan nama pada hari kelahirannya.

4-Hari ketujuh pula boleh dijadikan hari pengisytiharan nama bayi tersebut kepada sanak-saudara dan orang lain dan ia sangat bersesuaian jika pada hari tersebut juga diadakan majlis aqiqah untuk bayi tersebut.

5-Disarankan agar memberikan nama yang baik, tiada sebarang unsur syirik dan ada harapan serta doa untuk anak yang dinamakan itu.

6-Dicadangkan agar nama-nama yang diberikan berbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti, ia amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.

7-Ia bertujuan agar tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Baca juga: Uniknya kanak-kanak ini, miliki nama 19 perkataan, keluarga bimbang tak dapat sijil kelahiran

Kredit foto utama: Freepik, JPN

Sumber: ?s=48&t=l3IvNQZo8LW0-XtoEqTbRQ" target="_blank" >Twittter @jllmisai, Pejabat Mufti Wilayah 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.