CARA menukar nama anak, biasanya jika nama yang sudah diletak mempunyai maksud tidak baik atau terlalu panjang, mak-mak boleh mohon untuk menukarnya.

Dari dulu sampailah sekarang, kita semua sendiri boleh lihat perubahan dan kelainan pada nama anak-anak yang baru lahir diberi, dulu namanya cukup ringkas dan sudah tentu mudah dipanggil dengan nama penuh.

Namun kini nama diberi begitu panjang seakan telah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, ada yang bercampur dengan pelbagai bahasa dan berubah ejaan untuk sebutan yang sama.

Namun, ia bukanlah satu kesalahan selagi membawa maksud yang baik seperti yang dituntut oleh agama.

Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang rasa menyesal kemudian hari dengan nama yang telah diletak.

Jangan risau, ini caranya jika ibu bapa berhasrat untuk menukar nama anak, berikut merupakan langkah dan syarat perlu diketahui sebelum ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

A. Pengubahan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah (1) Tahun.

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

Permohonan pengubahan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.

2. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen yang perlu dikemukakan:

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK 81)(asal).

vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.

Pemohonan berharga RM5

Borang yang diperlukan:

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan

BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga

*Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

Baca juga Nama anak dipertikai kononnya tidak sesuai dengan jantina. Ini luahan ibunya

nama anak

B. Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun

Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi kanak-kanak berumur satu (1) tahun dan tidak melebihi 21 tahun.

Permohonan kemasukan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

1. Pemilik Sijil Kelahiran.

2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.

3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen yang perlu dikemukakan:

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).

vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.

Pemohanan berharga RM5

Borang yang diperlukan:

Iklan

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan.

BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

C. Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur 21 Tahun Dan Lebih

Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi individu berumur lebih 21 tahun.

Permohonan Kemasukan Nama Kanak-kanak Berumur 21 Tahun dan lebih boleh dibuat oleh individu berikut:

1. Pemilik Sijil Kelahiran.

2. Ibu atau bapa kandung.

3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen Yang Diperlukan (asal dan salinan)

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran individu (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

Iklan

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).

Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada

Pemohanan berharga RM50

Borang yang diperlukan:

JPN.LM21-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan

BMK 81-Borang Maklumat Keluarga

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

Sebarang pertanyaan boleh rujuk laman web rasmi JPN.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.