Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

Iklan
11A ibu meninggal dunia

Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

SEMPAT berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan anak bongsu, Muhammad Shahril Saidi, 18,  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Warganet yang mengikuti perkembangan kisah kecemerlangan Muhammad Shahril turut hiba mengetahui berita memilukan itu.

-"Innalillahi wainnailaihi rojiun.. Salam takziah utk keluarga. Moga anak cekal hadapi dugaan dan menjadi anak soleh dan bahagia di dunia akhirat.”

Iklan

-"ALLAH lebih menyayangi arwah ibu. Semoga terus kuat ya adik Muhammad Shahril!”

-"Arwah tunggu keputusan anaknya kemudian baru pergi buat selamanya. Salam takziah.”

Iklan

-"Hingga ke penghujung nyawa ibumu mahu kamu jaga kebajikanya. Anak yang hebat dan soleh. Beruntungnya ibumu punya ank seperti kamu anak. Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Pemergian Allahyarham Tuan Faridah disahkan oleh Penghulu Mukim Kandis, Bachok, Kelantan, Razali Yasod yang mendapat tahu berita kematian ibu pelajar itu sekitar pukul 8 malam, hari Sabtu.

"Jenazah akan disolatkan di sini sebelum dikebumikan di Kampung Padang Lati, iaitu kampung asal arwah pagi ini.

"Ketika ini saya masih berada di rumah Muhammad Shahril untuk membantu dengan ahli keluarga lain,” ujarnya.

Baca juga: Berkat jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

[caption id="attachment_116550" width="800"] Muhammad Shahril di samping ibu menerima kunjungan para guru ketika keputusan SPM diumumkan 8 Jun lalu.[/caption]

Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Iman, Noor Ruziana Ismail turut mengesahkan perkara tersebut.

Beliau mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang itu daripada guru yang berada di rumah Muhammad Shahril.

"Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Pondok Moden pada pukul 10 pagi Ahad," ujarnya.

Baru-baru ini SinarPlus pernah berkongsi kisah kecemerlangan Muhammad Shahril yang meraih 11A dalam peperiksaan SPM 2022 menganggap keputusan itu mungkin rezekinya yang mengutamakan ibunya dalam rutin harian.

Baca juga: Kayuh basikal sejauh 31KM demi melawat ibu sakit

[caption id="attachment_116548" width="800"] Menjadikan Uwais Al-Qarni sebagai idola, Muhammad Shahril turut berkongsi tip perkara paling utama untuk berjaya ialah memuliakan ibu bapa dan sentiasa berusaha menjadi individu terbaik.[/caption]

Dalam melalui rutin sebagai pelajar, anak muda yang telah kematian bapa itu tidak lupa menjalankan tanggungjawab menjaga Tuan Faridah yang terlantar akibat sakit saraf sejak empat tahun lalu sebelum dan selepas pulang dari sekolah.

"Saya dan adik beradik lain mengambil tanggungjawab menjaga ibu sejak dia sakit.

"Rutin setiap pagi saya adalah memandikan ibu sebelum pergi ke sekolah dan melakukan tugas sama apabila pulang dari sekolah.

"Tiada apa yang mengubah rutin hidup saya walaupun ketika ibu sedang sakit kerana saya memang suka berada di rumah menemaninya.

"Selain itu, seorang kakak saya, Noor Syahida, 25, yang sentiasa menjaga ibu di rumah,” ujarnya.

Baca juga: Duit boleh cari, ibu segala-galanya. Demi Cik Ani, Chef Wan upah jururawat bergaji hampir RM6,000 sebulan

Anak bongsu daripada enam beradik yang meraih A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Syariah, Usuluddin, Manahu al-Ulum Al Islamiah dan Al Adab Wal Al-Balaghah manakala A untuk Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Syariah dan Al-Lughah Al Arabiah Al-Muasirah itu kini sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam Rendah di Maahad Yakubiah, Bachok.

Baca juga: Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah

Baca juga: Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani, Sinar Bestari

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi