DEMI kasih sayang kepada ibu tercinta, cef selebriti Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan sanggup mengupah jururawat khas.

Ibu Chef wan, Noraini Abdullah,90 atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani kini menghidapi kanser payudara dan demensia tinggal bersama beliau memerlukan penjagaan rapi.

Menjaga warga emas yang sakit bukanlah tugas yang mudah. Chef Wan acap kali menjadi perhatian netizen apabila sanggup berkorban apa sahaja demi bondanya.

Baca juga: ‘Duit boleh cari, ibu inilah satu-satunya.’- Chef Wan tolak tawaran, kanser Cik Ani makin merebak

Baca juga: Ibu selamat jalani pembedahan, perkongsian Chef Wan di hospital buat ramai terharu, titip doa

Dalam satu hantaran di Instagram, cef berusia 64 tahun itu berkongsi info berkaitan ibunya.

Katanya jururawat khas itu bekerja bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Secara total, Chef Wan memperuntukkan RM5,800 untuk upah bulanan jururawat tersebut.

“Apabila tiba masanya dia (jururawat) boleh menanganinya dengan baik.
Pada masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang saya adan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.

“Saya berasa lega apabila ibu mendapat bantuan daripada jururawat profesional untuk mandi, menukar lampin, sarapan, memberikan ubat-ubatan dan melakukan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang. Banyak bezanya bagi pembantu rumah dan jururawat profesional yang tahu mengendalikan pesakit demensia dan kanser.

“Tidak mengapalah duit boleh cari ibu adalah segala-galanya. Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberinya penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tidak payahlah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri,” titip bapa kepada dua cahaya mata itu.

Baca juga: Sayang ibu, Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Dalam pada itu, Chef Wan berbesar hati sekiranya ada dalam kalangan warga maya yang menjadikan apa yang dilakukan beliau sebagai inspirasi.

“Saya baca di sini (Instagram) ada yang kata perbuatan saya menjadi satu inspirasi kepada mereka. Masing-masing mengikuti perjalanan saya ini, saya senyum dan rasa sangatbersyukur .

Iklan

“Tak banyak, di dalam satu juta ada satu atau orang pun boleh ikut macam saya, I am very happy. Anda tidak akan pernah salah dengan bersikap baik dan murah hati kepada ibu bapa anda sendiri,” katanya lagi.

Baca juga: Kucing pecahkan mangkuk RM1,500, Chef Wan tenang, ‘hendak marah pun bukan ada otak’

Layanan Chef Wan kepada ibunya yang cukup istimewa tidak disangkal lagi. Dalam satu hantaran terdahulu, ‘Selebriti Chef Terbaik Dunia’ 2009 itu sanggup mengenepikan tawaran tawaran untuk menjadi hos bagi program televisyen berkaitan kulinari dan travelog bagi meluangkan masa bersama ibunya selepas sel kanser dikatakan semakin merebak.

Tindakan yang dilakukan oleh Chef Wan mendapat banyak respons warga siber. Ramai yang memuji ketulusan hati beliau menjaga emak tersayang.

Iklan

Ujar mereka:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Sumber: _chefwan58