Kayuh basikal sejauh 31KM demi melawat ibu sakit

September 21, 2020
Oleh Farah Eliani

SEMALAM tular satu entri di Facebook mengenai kisah seorang anak yang sanggup berbasikal sejauh 31 kilometer demi menjenguk ibunya yang sakit di hospital.

Kejadian yang dikongsikan itu sedikit sebanyak meraih hati netizen di luar sana dengan tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya.


Menurut perkongsian itu, katanya: setiap hari saya tak penah terlepas melawat mak di hospital. Alkisah tengahari tadi, semasa nak melawat mak di hospital, baru sedar roadtax kereta telah tamat tempoh. Motosikal pula isteri guna ke tempat kerja. Jadi, saya pun buat keputusan kayuh basikal sejauh 31KM untuk melawat mak di Hospital Besar Pulau Pinang dari Batu Feringgi.

Pengalaman yang dilaluinya sejauh mengayuh mengajar erti kehidupan antaranya tiada alasan untuk kita sebagai anak membiarkan ibu terlantar di wad macam itu sahaja.

“Walaupun kita tidak dapat menjaganya di wad, selagi ada masa boleh melawat, selagi boleh sampai, dengan apa cara sekalipun kita kena jenguk juga.

“Mak yang melahirkan kita dan menjaga kita sejak kecil, apalah kiranya kita berkorban sedikit untuk mereka walaupun dengan cara sebegini, tulisnya.

Pada masa sama, di akhir entri posting di Facebook berkenaan, beliau turut berkongsi ibunya kini sedang diuji sebagai pesakit kanser payudara tahap tiga.

Iklan

Artikel berkaitan: Basikal berjenama ‘tak selamat’ dah makin panas!

Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk mak, moga ALLAH memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat…aamiinn! #SyurgaDibawahTelapakKakiIbu

Iklan

Sedikit perkongsian dengan sahabat Penang Kini..Setiap hari tak penah miss saya akan melawat mak di hospital…Alkisah…

Posted by Penang Kini on Sunday, 20 September 2020

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan ibunya. Antaranya:

Ainul Mardhiah-Semoga dipermudahkan segala urusan dan rawatan dan semoga diberi kesembuhan aamiin.

Norhayati Abdul Razak-Semoga Allah beri kesembuhan buat ibumu dan permudahkan segala urusan di sepanjang rawatanya, terbaik kau nak menjadi seorang anak yang menghargai orang tuanya, semoga Allah melimpahi rezeki buat kamu sekeluarga, Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Putri Izha Alfiana-Semoga Allah SWT permudahkan urusan kesembuhan ibu tuan….
#berbaktiselagiada

Seraphina Rp-Terbaik.. No excuse OR whatsoever!

Kredit: Facebook Penang Kini

Iklan