Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

Iklan
hafiz mahamad hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi

Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

USAHAWAN dan pempengaruh, Hafiz Mahamad sering menjadi perhatian ramai.

Iklan
Iklan

Pelbagai kejutan, perkara menggembirakan dan kebaikan dilakukan buat ahli keluarga dan orang awam menyebabkan ramai mengaguminya.

Terbaru, suami kepada Syafiqah Aina itu menghadiahkan pakej menunaikan haji buat ibu bapa tercinta.

Iklan

Berkongsi hantaran di Instagram, selebriti media sosial itu mendedahkan cuba menggembirakan hati orang tua selepas kedua-duanya bersara.

Baca juga: Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Iklan

"Sebak hati saya semalam. Mama Abah, jangan anggap ini ‘hadiah’ daripada Hafiz

"Ini semua hasil daripada kebaikan mama dan abah buat selama ini. Tak ada apa yang Hafiz boleh balas.

"Selepas mama dan abah pencen tahun lepas, saya selalu cakap dengan mereka. Tahun depan, haji tau. Doa banyak banyak.

"Setiap kali saya menunaikan umrah, saya tak lepaskan peluang berdoa supaya ALLAH mengizinkan kemampuan untuk saya menjadi asbab Mama dan Abah menunaikan haji. Masya-ALLAH tahun ni ALLAH makbulkan,” titipnya.

Dalam pada itu, Hafiz yang menginsafi kesilapan mahu segera menebusnya selagi masa masih tersisa. Beliau hanya mahu dua insan keramatnya itu tersenyum dan gembira.

Baca juga: 'Budak nakal datang buat cikgu gembira.' Diundang beri motivasi kepada pelajar, ucapan Hafiz Mahamad undang sebak!

"Demi ALLAH, saya tak berhenti berusaha selama ini. Siang dan malam. Syukur kerana hati dan akal ini ALLAH izinkan masih memikirkan tentang mereka.

"Umur mereka meningkat. Banyak saya buat mereka kecewa dahulu.

"Saya kena laju. Selagi masih sempat, senyuman mereka yang saya hendak lihat,” kongsi Hafiz yang telah berpeluang membawa kedua ibu bapanya mengerjakan umrah sebanyak dua kali.

Baca juga: Bantu orang ramai memerlukan, Hafiz Mahamad sedia 10 bas balik raya

[caption id="attachment_116924" width="800"] Menurut Hafiz, ibu beliau berangkat terlebih dahulu sebelum bapanya.[/caption]

Warganet menitipkan doa agar ibadah haji ibu bapa Hafiz berjalan lancar di samping mengakui terinpirasi.

-"YA RAB, berkati umur orang tua kami, agar kami boleh membahagiakan keduanya. Terima kasih sudah banyak menginspirasi kami brother.”

-"Semoga semuanya selamat dan dapat ibadah dengan sempurna, sihat!”

-"Sebaknya tengok video. Semoga ALLAH memberkati perjalanan hidup kita semua, aamiin. Doakan saya one day boleh bawa mak ayah ke sana.”

-"Semoga satu hari nanti saya pun dapat bawa mak saya ke tanah suci.”

Baca juga: Cuti, bonus sebulan gaji, instafamous Hafiz Mahamad buat kejutan untuk staf lepas terima dua anugerah

Sebelum ini, pada hari pesaraan ibu sebagai matron, Hafiz telah memberi kejutan menghadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Baca juga: Demi Baby Naail, kutipan melebihi RM9 juta dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi