Bantu orang ramai memerlukan, Hafiz Mahamad sedia 10 bas balik raya

SIAPA sahaja yang tak mengenali pempengaruh yang juga usahawan terkenal bernama Hafiz Mahamad ini.

Setiap kali memuat naik perkongsian menerusi laman sosialnya pasti meraih perhatian ramai.

Dia yang juga pengasas produk tempatan popular sangat dikenali dengan sifatnya yang pemurah terutama sekali kepada mereka yang memerlukan.

Terbaharu, suami kesayangan Aina Syafiqah itu membuat satu pengumuman akan menaja 10 buah bas untuk mereka yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti.

Menerusi hantaran ‘story’ yang dibuat olehnya di laman Instagram, bapa kepada dua cahaya mata itu berkongsikan perkembangan terkini mengenai rancangannya itu dan dapat dilihat dia meninjau sendiri keadaan bas yang ditajanya.

Hafiz turut meluahkan rasa bersyukur apabila hasratnya untuk menaja golongan yang memerlukan untuk pulang raya kini dapat direalisasikan.

Baca juga Cuti, bonus sebulan gaji, instafamous Hafiz Mahamad buat kejutan untuk staf lepas terima dua anugerah

“Jadi dalam 10 buah bas itu alhamdulilah dengan izin ALLAH raya tahun ini tiket kan kadang-kadang habis, mahal, mana tahu 10 bas ini dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Jadi, saya nak pergi mesyuarat, nak tengok apa perkembangan terkini.

“Tahun ini saya nak mudahkan dari segi pengurusan tiket itu, nanti memudahkan awak lah nak mendaftar. Saya nak pergi mesyuarat ni, doakan rezeki saya melimpah ruah tau,” katanya.

Difahamkan, maklumat mengenai sistem tiket kepada sesiapa yang berminat akan diberitahu kemudian.

Dalam pada itu, Hafiz turut meminta orang ramai untuk menitipkan doa agar dia sentiasa dimurahkan rezeki pada masa hadapan kelak.

Baca juga Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Iklan

Turut tersangkut banjir, Hafiz tak sangka dapat bantuan susu dan lampin anak

Berdasarkan pengalaman usahawan muda itu, Hafiz memaklumkan bahawa mereka akan memperbaiki sistem pengurusan bas untuk menjadi lebih efisien.

Ia bagi membantu penumpang-penumpang untuk mendapatkan pengalaman yang lebih selesa bagi menempuh perjalanan pulang ke kampung.

Kata Hafiz, pihaknya hanya akan mengambil pemandu bas yang berusia di bawah 40 tahun dan mempunyai pengalaman 10 tahun memandu bas bagi memastikan keselamatan penumpang adalah terjamin dan pemandu bas dalam keadaan yang sihat untuk memandu.

Iklan

“Jadi, keselamatan orang yang kita sponsor nak balik raya nanti itu, insya-ALLAH terjaga la. Kita banyak terlepas pandang walhal pemandu bas sangat memainkan peranan. Kita akan bagi yang terbaik untuk awak, doakan,” ujarnya.

Tahun lalu, usahawan itu telah menaja tiga buah bas bagi golongan pelajar yang memerlukan untuk pulang beraya di kampung masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi