BAGI sesetengah orang, satu hari kalau tak hirup secangkir kopi memang tak sah.
Kalau berpiknik atau camping, air kopi menjadi satu kemestian.
Orang kata, kalau meneguk kopi sambil mata dijamu dengan panorama alam lebih menenangkan.
Segala masalah yang berserabut dalam benak dapat dileraikan segera. Namun, terpulang kepada cara masing-masing.
Apa pun pada kali ini, SinarPlus ingin membawa pembaca mengembara ke beberapa lokasi yang bukan sahaja menyediakan hirupan kopi yang enak dan variasi pencuci mulut.
Malah suasana yang dikelilingi alam semula jadi membuatkan pengunjung seolah-olah tak mahu pulang ke rumah.
Antara lokasi yang dicadangkan adalah:
1. Hill & Heal
- Rumah kaca yang terletak di kaki Gunung Lambak, Kluang ini mempunyai vibe tersendiri.
- Ruang santai berhadapan jeram memang buat ramai tertawan.
- Terdapat 20 pilihan minuman dan 10 sajian signatur.
Baca juga Lepak minum kopi dalam rumah. Satu lagi trend baharu yang bikin D’Culture Cafe makin popular
Alamat: Kaki Gunung Lambak, Kluang, Johor
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 4 petang
Facebook: Hill & Heal
Instagram: @hill.n.heal
2. Ngopi Pantai
- Terletak di Langkawi, Kedah, premis berkenaan juga melupakan hotspot terbaharu untuk melihat view matahari terbenam sambil mengopi.
- Ramai yang cadangkan orang ramai memilih salted caramel macchiato yang ditambah dengan whipped cream padu dan brownies cheese cake.
Alamat: Cenang Hill Beachfront, Tasik Anak, Teluk Bharu, Jalan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 8 pagi hingga 8 malam
Facebook: Ngopi Pantai
Instagram: @ngopipantai.langkawi
Baca juga Warung Kopi Tiga Lima bangkit nostalgia dulu-dulu. Kopi memang kaw, makanan tradisi memang padu
3. Kopi Hutan
- Antara lokasi famous jika berkunjung ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.
- Kepada pencinta belantara hutan, ini adalah lokasi terbaik.
- Lokasi pun cantik untuk OOTD dan paling penting, banyak pilihan makanan.
Alamat: Bukit Bendera, George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: Kopi Hutan
Instagram: @kopihutan.pg
4. Hattori Coffee
- Jika berkunjung ke Bachok, Kelantan jangan lupa singgah ke Pantai Kemayang.
- Di sana ada kafe kabin hipster, Hattori Coffee yang boleh dicuba sebagai destinasi rekreasi bersama keluarga.
- Siap boleh berpiknik di hadapan laut dan soal makan, kalian hanya perlu order saja. Semuanya siap terhidang!
Alamat: Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan
Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam
Facebook: Hattoricoffee
Instagram: @hattori_coffee
Baca juga Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan
5. Aurora Coffee House
- Memang popular di Dungun, Terengganu kerana menawarkan suasana kafe yang tenang dan mesra pelanggan.
- Dekorasi rumah tradisi Ganu dan ruang yang luas membuatkan anda asyik merakamkan gambar kenangan.
- Antara makanan laku keras ialah mi kari. SinarPlus jamin, semua jenis kopi anda akan 'layan' kerana dikatakan menggunakan kopi berkualiti tinggi.
Alamat: 53, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun, Terengganu
Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 7 malam
Facebook: Aurora Coffee House
Instagram: auroracoffee.my
So? Bagaimana kalian? Ada teringin nak singgah ke tempat yang disenaraikan di atas?
Jika anda ada pilihan lokasi yang lebih bagus, apa kata share di ruang komen kami nanti.
Okey! Selamat mencuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi