Warung Kopi Tiga Lima bangkit nostalgia dulu-dulu. Kopi memang kaw, makanan tradisi memang padu

A
A
A

SUATU ketika dulu, buku 555 (disebut sebagai tiga lima) memang akan dikaitkan dengan catatan hutang-piutang.

Namun, pada zaman milenial sekarang, segala-galanya direkodkan dalam komputer atau telefon pintar.

Pun demikian, Raja Mohamad Najmi Raja Sulong tidak mahu memori itu tenggelam begitu sahaja.

Apa yang dilakukan beliau adalah mengabdikan nama 555 ke atas premis perniagaannya yang dinamakan Warung Kopi Tiga Lima yang terletak di Jalan Songkok 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Usahawan berusia 33 tahun itu memberitahu, pada asalnya, beliau dan isteri tersayang, Natrah Nasir, 33, membuka kedai makan hanya sekadar suka-suka.

warung tiga lima

"Kami memilih konsep antik dengan mendekorasi sejumlah koleksi peribadi kami seperti gobok makan, pinggan dan mangkuk vintaj.

"Untuk membangkitkan nostalgia zaman 1960-an dan 1970-an, kami perdengarkan lagu-lagu daripada filem hit Tan Sri P Ramlee dan penyanyi-penyanyi lain," katanya yang bersyukur kerana warung mereka yang betul-betul berada di tengah bandar Shah Alam menggamit ramai pengunjung.

Baca juga Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

Menurut usahawan muda itu lagi, selain desain dan susun atur premis, tarikan utama Warung Kopi Tiga Lima adalah terletak pada minuman yang dibancuh khas menggunakan gabungan kopi terpilih bagi menghasilkan aroma yang lebih istimewa.

warung tiga lima

“Untuk minuman berasaskan kopi ini, saya melakukan eksperimen lebih dua minggu untuk mendapatkan rasa yang betul-betul enak dan kena dengan selera orang ramai.

“Dalam tempoh ‘uji kaji’ tersebut, maklum balas jujur daripada saudara-mara banyak membantu dan alhamdulillah usaha keras kami berjaya mencuri hati pelanggan,” ujarnya yang mendapat bekalan stok kopi daripada pembekal tempatan di Tanjong Karang, Selangor.

warung tiga lima

warung tiga lima

Mengenai pilihan menu pula, Raja Mohamad Najmi berkata, nasi lemak signatur mereka paling diminati ramai lantaran rasa sambalnya yang dikatakan sangat sedap oleh rata-rata pelanggan.

Baca juga Lepak minum kopi di sebalik tirai besi. Kopi Jail di Melaka bawa kelainan

“Untuk sambal buatan kami, ia mempunyai rasa pedas, manis dan secukup rasa. Sebagai tambahan, kami sertakan sekali ikan masin bulu ayam menjadi penyedap tambahan kepada nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang," katanya.

warung tiga lima

Sejajar dengan konsep warung era dahulu, menu seperti lempeng, cucur bawang, nasi dagang, roti titab dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional turut disediakan.

Tidak mahu pelanggan menunggu terlalu lama disebabkan ruang tempat makan yang terhad, Raja Mohamad Najmi menyarankan orang ramai untuk datang lebih awal.

“Saya akui ramai yang merungut tunggu terlalu lama terutamanya pada sebelah pagi. Tak menang tangan dibuatnya, tetapi kami berusaha memberikan yang terbaik. Saya juga merancang untuk memohon ruang tambahan supaya masalah kesesakan dapat diatasi,” katanya.

warung tiga lima

#jomsinggah

Orang bandar terutamanya cepat 'terpesona' tatkala berkunjung ke premis makanan yang mengetengahkan konsep zaman dahulu.

Sesetengah mereka berpendapat, meskipun hanya satu hingga dua jam meluangkan masa di sana, memori lama ketika kanak-kanak atau remaja dapat diimbau kembali.

warung tiga lima

Selain di Selangor, terdapat banyak lokasi yang boleh disinggah. Rata-ratanya, premis yang disenaraikan SinarPlus hanya berbeza dari segi penyediaan makanan sahaja.

warung kopi

Kedai Kopi Klasik

Alamat: Lot 446 Jln Abdul Aziz, Chukai, Kemaman, Terengganu

Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang

Menu signatur: Kopi butter dan klasik

Facebook: Kedai Kopi Klasik Kemaman

Instagram: @KedaiKopiKlasikKemaman

warung kopi

Warung Kopi Warisan

Alamat: Kampung Kuala Kenering, Gerik, Perak

Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam

Menu signatur: Cold brew dan teh hijau coklat ais

Facebook: kopii_warisan

Instagram: @kopii_warisan

warung kopi

Nomad Kopifi

Alamat: Kampung Landak, Kupang, Baling, Kedah

Waktu operasi: 3 petang hingga 11 malam

Menu signatur: Creamy Peanut Butter Latte, kopi brew dan burger signatur

Facebook: Nomad.KopiFi

Instagram: @Nomad.KopiFi

warung kopi

Awan Kopi

Alamat: Parit Amat, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor

Waktu operasi: 3.30 petang hingga 10.30 malam

Menu signatur: Kopi O dan Coklat Awan

Facebook: Awankopi

Instagram: @awankopi_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca