Manfaatkan hari-hari istimewa bulan Zulhijah, waktu terbaik kumpul pahala, 5 perkara wanita perlu tahu

Iklan
Manfaatkan hari-hari istimewa bulan Zulhijah, waktu terbaik kumpul pahala, 10 perkara wanita perlu tahu (1)

BULAN Zulhijah adalah bulan yang penuh barakah.

Kepada yang sedang berjihad ke jalan direda dan mempunyai hajat, bulan ini hendaklah dimanfaatkan sebaiknya.

Iklan
Iklan

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kelebihan bulan Zulhijah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan ketakwaan dan pahala.

Iklan

وَالْفَجْرِ, وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Maksudnya:"Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijah).”

Iklan

(Surah al-Fajr: 1-2)

"Bahkan ia turut disebutkan dalam hadis Nabi SAW bahawa jihad di jalan ALLAH SWT tidak dapat menandingi amalan yang dilakukan pada bulan suci ini," titipnya.

Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya:"Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali. (HR al-Bukhari, hadis sahih).

Tambah Ustazah Asma’, beruntung bagi sesiapa yang menggunakan peluang istimewa ini untuk rebut ganjaran yang dijanjikan.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah yang perlu diberikan perhatian wanita bagi melipatgandakan pahala:

i) 1 HINGGA 10 ZULHIJJAH 1444H / 20 - 29 JUN 2023

MEMPERBANYAK AMAL SOLEH

Subhanallah, besarnya ganjaran beramal soleh dalam bulan Zulhijah ini.

Sehingga dinyatakan bahawa jika keluar berjihad ke jalan ALLAH sekalipun masih tidak dapat menandingi pahala beribadah pada 10 hari terawal bulan ini.

Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya:"Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh ALLAH untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijah. Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR Bukhari, hadis sahih)

[caption id="attachment_117683" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]

Baca juga: 6 amalan yang digalakkan pada 10 hari terawal Zulhijah

ii)9 ZULHIJJAH 1444h / 28 JUN 2023

PUASA SUNAT HARI ARAFAH

Amat rugi bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada Hari Arafah bagi merebut ganjaran kerana ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa kita setahun sebelum dan selepasnya.

Seperti yang dinyatakan dalam hadis:

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya:"Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada ALLAH agar adalah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR Muslim, hadis sahih)

[caption id="attachment_117684" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Baca juga: Pahala lebih besar daripada jihad, rebut keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah

iii)10 - 13 ZULHIJJAH 1444h / 29 JUN - 2 JULAI 2023

a) PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

Ambil ibrah daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang tetap mengutamakan ALLAH walaupun terpaksa berkorban rasa kasih pada anak.

Begitu juga kita, sayang kepada harta benda mempunyai batasnya. Maka cekalkan hati dalam mengeluarkan harta di jalan ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah Al-Kauthar 108: 2)

Hari Raya Aidiladha juga dipanggil dengan Hari Raya Korban bersempena dengan peristiwa Nabi Ibrahim AS diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

b) TAKBIR RAYA

Dalam menyambut hari kebesaran pada bulan Zulhijah, kita dituntut untuk banyakkan memuji dan mengagungkan ALLAH SWT sebagai tanda syukur serta melahirkan rasa kehambaan terhadap-Nya.

Firman ALLAH SWT:

 وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍۢ مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ

Maksudnya:"Dan sebutlah kamu akan ALLAH (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya." (Surah Al-Baqarah 2: 203)

[caption id="attachment_117685" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

iv)11 - 13 ZULHIJJAH 1444h / 30 JUN-2 JULAI 2023

HARI TASYRIK

Menurut ahli fiqh, tasyrik adalah tiga hari setelah Hari Raya Aidiladha iaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah.

Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging-daging korban dipanaskan di bawah terik matahari.

Daripada Nubaisyah al-Hudzali RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ

Maksudnya:"Hari Tasyrik adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat ALLAH.” (HR Muslim, hadis sahih).

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyeru umat Islam agar merebut peluang meningkatkan amalan sekali gus memanfaat peluang yang ada pada bulan ini.

Baca juga: Ambil peluang mustajab hari Arafah, ini checklist 10 doa terbaik kaum Hawa amalkan

"Sahabat semua, mari bersama perbanyakkan amal soleh sepanjang awal bulan Zulhijjah ini, mudah-mudahan asbab inilah kita dapat meraih syurga-NYA.

"Semoga kita tergolong bersama mereka yang diampunkan dosa sebelum dan akan datang,” titipnya.

Bukan calang-calang bulan Zulhijah, didalamnya tersembunyi tarikh-tarikh yang amat bermakna yan tidak kurang penting untuk dihayati dan dimanfaatkan.

Diharapkan kaum Hawa tidak melepaskan peluang merebutnya.

Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap

Sumber: Ustazah Asma’ Binti Harun dan Team Penyelidikan UAH

Kredit foto utama: Pixabay, Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi