KEJAR pahala sempena Hari Arafah buat kita yang tidak menunaikan haji.

Hari Arafah pada 9 Zulhijjah adalah antara hari yang paling mulia di sisi ALLAH SWT dalam bulan Zulhijjah kerana pada hari itulah agama Islam disempurnakan. Ia jatuh pada 9 Julai tahun ini.

Menurut perkongsian pendakwah dan Penaung Sahabat Amal Care, Ustazah Asma’ Harun di Facebook miliknya, hari tersebut merupakan kesempatan emas buat umat Islam untuk menyucikan dan memperbaiki diri sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha nanti.

Ujar Ustazah Asma’, terdapat beberapa amalan penting yang boleh anda lakukan pada Hari Arafah terutama bagi mereka yang tiada kesempatan mengerjakan haji dan berwukuf di padang Arafah.

Terdapat hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa suatu hari seorang lelaki Yahudi berkata kepadanya yang bermaksud;

“Wahai Amirul Mukminin, ada satu ayat dalam kitab kamu yang sering kamu baca, jika ayat itu diturunkan kepada kami, nescaya kami akan jadikan hari turunnya ayat tersebut sebagai hari perayaan orang yahudi.”

Umar bertanya: “Ayat yang mana?”

Yahudi tersebut membacakan:

‘اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا’

(Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.”) [Surah al-Ma’idah: 3].

Umar menjawab: “Kami mengetahui hari dan di mana tempat ia diturunkan kepada Nabi SAW, iaitu ketika Baginda SAW sedang berdiri di ‘Arafah pada hari Jumaat’.”(HR Bukhari dan Muslim).

Hari Arafah

Pada hari Arafah ini jugalah, para jemaah haji akan melaksanakan rukun haji yang paling penting iaitu berwukuf di padang Arafah.

Justeru, disunatkan memperbanyakkan amal soleh bagi umat Islam yang tidak mengerjakan haji seperti bertahmid, bertakbir dan berzikir kepada Allah SWT.

Hari Arafah bukan sahaja peluang terbaik buat para jemaah haji sahaja, bahkan ia sebenarnya adalah peluang keemasan buat seluruh umat Islam.

Baca juga Daging korban dibawa keluar dari kawasan atau negeri, bolehkah? Ini penjelasan agamawan

Rebutlah tawaran istimewa yang dijanjikan oleh ALLAH SWT dengan memperbanyakkan amalan seperti;

1. MEMPERBANYAK DOA

2. BERPUASA PADA HARI ARAFAH

Daripada Abi Qatadah R.A, Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

Iklan

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (HR Muslim, hadis sahih)

Bagi orang yang TIDAK menunaikan haji, disunatkan berpuasa pada hari Arafah. Bagi para jemaah Haji, tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah.

3. BERZIKIR DI HARI ARAFAH

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا قِلَّتُهُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لاَ إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. رواه الإمام مالك

Maksudnya:

Iklan

4. MEMOHON ISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari ALLAH terbuka luas.

Daripada Aisyah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas untuk kita menyucikan dan memperbaiki diri sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala untuk kita di akhirat nanti.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.