10 info eBeliaRahmah, anak muda 18-20 tahun terima RM200, berikut cara daftar

Iklan
10 info eBeliaRahmah, anak muda 18-20 tahun terima RM200, berikut cara daftar (1)

BERITA baik buat anak muda kerana bakal menerima eBeliaRahmah sebanyak RM200.

Seramai dua juta remaja berusia 18 hingga 20 tahun akan menerima peruntukan sebanyak RM400 ini.

Iklan
Iklan

Apakah sebenarnya eBeliaRahmah ini dan cara mendaftarnya?

Berikut 10 info berkaitan yang dikongsikan Kementerian Kewangan Malaysia.

Iklan

1-eBeliaRahmah diperuntukkan untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT).

2-Mereka boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBeliaRahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.

Iklan

3-eBeliaRahmah menyaksikan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 pada tahun lalu.

[caption id="attachment_117721" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

4-Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara 'one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch 'n Go eWallet.

5-eBeliaRahmah terbuka kepada remaja mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (yang lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU

6- Anak muda yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

7-Bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) 200 diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.

[caption id="attachment_117722" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

9-Manakala kredit eBeliaRahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara 'offline' sehingga 31 Ogos 2023.

10-Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/ peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Baca juga: ePemula RM150, warga M’sia berusia 18-20 tahun, pelajar IPT layak, hanya untuk transaksi offline

Kepada anda yang memiliki ahli keluarga berusia 18 hingga 20 tahun jangan lupa uar-uarkan kepada mereka ya!

Sumber:" target="_blank" >Kementerian Kewangan Malaysia

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi