ePemula RM150, warga M’sia berusia 18-20 tahun, pelajar IPT layak, hanya untuk transaksi 'offline'
BERTUJUAN meringankan beban kewangan golongan belia, membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai, program ePemula diumumkan di bawah Belanjawan 2022.
Kerajaan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Lebih menarik lagi, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
SIAPA LAYAK TERIMA KREDIT EPEMULA?
Syarat-syarat kelayakan program ini adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
c) Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancong Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Baca juga: 8 Tip Beli Laptop Terpakai Pelajar Universiti, Lebih Murah Sesuai Bajet
BAGAIMANA MEMOHON KREDIT EPEMULA?
1. Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).
Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
2. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula.
3. Sekiranya memenuhi kelayakan ePemula dan telah melalui proses verifikasi eKYC, pemohon yang layak akan menerima RM150.00 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan dalam masa tiga hari dari tarikh permohonan.
6 FAKTA PENTING EPEMULA
1. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
2. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
3. Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut: Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
4. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik.
5. Pada aplikasi e-tunai pilihan, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar" Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
6. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula.
9 TRANSAKSI TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN EPEMULA
Kredit RM150 ePemula boleh digunakan untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- dompet pilihan boleh digunakan untuk semua pembelian, kecuali:
a. pemindahan “peer-to-peer”;
b. penebusan tunai;
c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
e. bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
f. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
i. transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.
TARIKH LUPUT
Kredit ePemula dan insentif e- tunai mempunyai tarikh luput yang mana permohonan kredit ePemula hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, dari jam 8.00 pagi, 11 April 2022 hingga 11.59 malam, 1 Jun 2022.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.
Justeru, insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Diharapkan mereka yang layak menerima memanfaatkan kredit ePemula ini dengan sebaiknya.
Sumber: budget.mof.gov.my
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang