Hidung tiba-tiba berdarah, jangan panik. Ambil langkah awal ini untuk hentikan pendarahan

Iklan
IMAGE (8)

WALAUPUN sekarang adakalanya turun hujan sekejap-sekejap, cuaca panas membahang masih terasa.

Seperti  yang kita semua tahu juga, suhu persekitaran yang tinggi boleh menyebabkan banyak penyakit.

Iklan
Iklan

Selain mengalami gejala sakit kepala atau demam, ramai yang mengadu hidung mereka berdarah.

Apa yang tak kena ya?

Iklan

SinarPlus merujuk video oleh Pakar Perunding Telinga Hidung dan Tekak, Colombia Asia Hospital, Cheras, Kuala Lumpur, Dr Azlina Saaban.

[caption id="attachment_118033" width="600"] SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.[/caption]

Iklan

Jelas Dr Azlina, pendarahan pada hidung boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya seperti:

1. Jangkitan contohnya selesema dan sinusitis (resdung).

2.  Kecederaan

-Kecederaan  kecil (korek hidung atau hembus hidung dengan kuat)

-Kecederaan besar (kemalangan yang menyebabkan tulang hidung atau muka patah)

3.Ketumbuhan dalam hidung.

4.Penyakit darah seperti leukemia, denggi atau Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (jumlah platelet darah kuning rendah disebabkan reaksi autoimun)

5. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti warfarin dan heparin yang digunakan untuk mencairkan darah.

Baca juga: Jangan dongakkan kepala bila hidung tiba-tiba berdarah. Ini cara tepat atasinya

Penerangan Dr Azlina tersebut dikongsikan di laman TikTok Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

[caption id="attachment_118034" width="600"] SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.[/caption]

Menyambung hujah, beliau berkata, langkah awal boleh diambil sekiranya pendarahan yang berlaku secara tiba-tiba di rumah.

"Pesakit boleh cuba hentikan pendarahan tersebut supaya gejala yang dialami tidak menjadi lebih teruk,” ujarnya.

 

Berikut teknik yang dikongsikan Dr Azlina:

1. Duduk.

2. Tegakkan badan.

3. Tundukkan kepala.

4. Picit bahagian atas hidung selama lima hingga 10 minit.

5.Letak ais di atas dahi.

Pakar tersebut turut menyarankan pesakit agar memicit bahagian atas hidung tersebut secara berterusan.

"Jangan picit lepas, picit lepas. Tundukkan wajah supaya darah boleh keluar,” katanya.

Beliau turut menegah pesakit daripada mendongak kepala ke atas atau berbaring.

Pendekatan tersebut berpotensi menyebabkan darah ditelan dan boleh menyebabkan pesakit muntah.

Baca juga: Apabila hidung budak kecil atau orang dewasa tiba-tiba berdarah, ini langkah perlu diambil

Baca juga: Hidung berdarah secara tiba-tiba. Ini punca dan cara atasinya

[caption id="attachment_118035" width="267"] SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.[/caption]

Mereka yang mengalami pendarahan hidung juga diingatkan agar tidak menghembus hidung dengan kuat supaya pendarahan yang dialami tidak menjadi lebih teruk.

Dalam pada itu, Dr Malar turut mengingatkan pesakit agar segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya hidung berdarah secara tiba-tiba.

Bab hidung berdarah kalau berlaku kepada orang dewasa, ia mungkin kurang merisaukan.

Namun, jika berlaku pada kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga perlu berwaspada dan pastikan ia bukan gejala yang serius.

Paling penting, jangan panik!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!