APABILA berhadapan dengan situasi hidung berdarah, ia sememangnya membangkitkan satu perasaan yang sungguh mendebarkan.

Masakan tidak, setiap perkara yang terjadi mempunyai sebab yang tersendiri.

Merujuk Hello Doktor, pendarahan berlaku disebabkan oleh beberapa keadaan seperti cuaca panas, sejuk dan kering.

Namun, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan tersebut. Ini yang perlu pembaca SinarPlus ketahui:

i. Tabiat mengorek hidung

ii. Selalu menghembus hidung

iii. Pengambilan makanan dan suplemen yang tidak mesra hidung

iv. Pendedahan terhadap bahan kimia

v. Keadaan tubuh badan yang mungkin disebabkan oleh hipertensi, hemofilia, penyakit jantung, kecacatan nasal dan ketumbuhan.

Baca juga: Manusia kidal miliki IQ lebih tinggi, tetapi mudah diserang penyakit? Berikut penjelasan pakar

SinarPlus kemudian merujuk satu perkongsian oleh seorang Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan, Dr Amanda Elli di laman sosial Instagram miliknya.

Dr Amanda menjelaskan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya seperti:

i) Duduk dan tundukkan kepala ke depan supaya darah dapat mengalir keluar.

ii) Picit hidung di bahagian lembut dan bernafas menggunakan mulut selama 10 minit.

iii) Jangan bercakap, telan, ludah atau bau untuk mengelakkan pembekuan darah terhenti.

Iklan

iv) Apabila darah sudah berhenti mengalir, bersihkan keliling hidung dengan air suam dan kemudian rehatkan diri.

v) Jika darah keluar dengan begitu banyak dan lebih 30 minit, terus ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut.

Menerusi perkongsian sama, pegawai perubatan itu mengingatkan orang ramai untuk tidak tersalah langkah ketika merawat hidung berdarah.

Ujarnya, tindakan kebanyakan orang mendongakkan kepala sebenarnya merupakan teknik yang tidak tepat.

Iklan

Justeru, sekiranya anda berhadapan dengan masalah pendarahan itu, kekal tenang dan ikuti langkah yang disarankannya.

Baca juga: Anemia boleh beri impak sampingan kepada ibu dan kandungannya. Ini saranan penting pakar

Baca juga: Uri di bawah ketika hamil, ini komplikasi-komplikasi yang perlu ibu wajib tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.