Rupanya cara ini lagi mudah, pantas & bersih untuk kupas dan tanam bawang putih. Guna air jer. Memang superb!
BAWANG putih bukan sahaja berguna dalam masakan, malah memiliki banyak khasiat untuk kesihatan dan perubatan.
Ia termasuklah membantu meredakan sakit gigi, menjaga kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah yang tinggi.
Justeru, bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum antara bahan yang wajib ada di dapur anda.
Kalau masak tak guna bawang putih rasanya kurang sedap, kan? Cuma yang lecehnya apabila nak mengupas bawang tersebut.
Memandangkan saiznya agak kecil berbanding bawang merah atau bawang besar, jadi memakan masa sedikit.
Baca lagi 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!
Kalau nak cepat, boleh cuba kaedah yang mudah dan pantas ini. Perkongsian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang menggunakan akaun vansang994
MUDAH TANGGAL & LEBIH BERSIH
Cara tersebut rupa-rupanya membuatkan kulit bawang putih mudah tertanggal dan nampak lebih bersih.
Berikut cara yang kalian boleh cuba:
1.Rendam beberapa labu bawang putih
2.Guna pencungkil besi ini untuk membuat kulit bawang.
3. Apabila kulit bawang sudah lembut, kulit bawang putih mudah dikupas. Bagi yang nak guna untuk masakan pun boleh guna cara ini.
4. Siap. Menarik, kan!
TANAM DAUN BAWANG
Pengguna tersebut turut berkongsi cara menanam daun bawang daripada bawang putih dengan menggunakan air.
Tak perlu guna medium tanah pun tetap hidup pokok bawang berkenaan.
Nampak menarik apabila diletakkan di tepi tingkap sebagai tumbuhan perhiasan.
Berikut cara tanaman pokok bawang menggunakan air:
1. Setiap labu bawang putih siap dikupas direndam dalam gelas berisi air.
2. Tunas bawang putih yang mula tumbuh.
3.Inilah hasilnya. Daun bawang tumbuh dengan subur. Boleh digunakan dalam masakan atau dijadikan perhiasan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!