PENYANYI Noh Salleh akui kehidupannya sukar selepas bercerai enam bulan lalu dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 43.
Malah vokalis kumpulan Hujan itu memberitahu dalam tempoh itu juga dia terpaksa berebut hak penjagaan anak angkatnya dengan bekas isteri sebelum bercerai iaitu Musa, 2.
Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh, 38, berkongsi dalam satu temubual laman Instagram (IG) portal dari Indonesia.
Dalam temubual itu, Noh diminta untuk mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya.
Penyanyi kelahiran Sarawak itu kemudiannya menjawab salah satunya berjudul Manusia nyanyian David Bayu.
Baca juga Mizz Nina, Essam berbulan madu di Santorini, Greece
Katanya, lagu Manusia benar-benar satu refleksi terhadap dirinya.
"Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar. Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak.
"Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup," katanya.
Baca juga 8 info Essam Muhammad suami Mizz Nina, penyanyi & pendakwah Amerika Syarikat
Noh mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun Noh difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa dijangka akan disatukan pada September depan.
Mizz Nina pula kini sudah menemui kebahagiaan baharu apabila mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.