BAHARU mendirikan rumah tangga, selebriti dan aktivis masyarakat, Mizz Nina kini sedang berbulan madu di Santorini, Greece.

Mizz Nina terdahulu berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad.

Mereka berdua disatukan dalam ijab kabul yang berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.

Sedang melalui fasa bulan madu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi beberapa foto beliau dan Essam di sana.

Memakai pakaian serba biru, pasangan itu saling berkongsi pemandangan indah di kepulauan Greece yang merupakan lokasi tercantik di dunia.

Baca juga: Mizz Nina nikah buat kali kedua, rapper kacukan Maghribi-Amerika jadi pilihan

Tidak hanya itu, Essam dilihat merakamkan isterinya menuruni anak tangga sambil menikmati sekeliling yang memukau.

Essam terdahulu mengumumkan perkahwinan di laman sosial rasminya sejurus selepas kenyataan daripada isteri.

Penyanyi dan pelakon itu menyifatkan Mizz Nina sebagai permaisuri hidup dan kurniaan ALLAH pada masa yang tepat.

“Alhamdulilah, hidup ini indah bagi saya. Kata-kata sahaja tidak akan dapat menyatakan rasa syukur saya kepada ALLAH yang telah mengurniakan wanita yang paling menakjubkan. Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta.

“Seandainya lautan menjadi tinta pena, nescaya ia akan kosong sebelum kita selesai menulis tentang nikmat dan rahmat ALLAH berikan.

“Perjalanan ini benar-benar luar biasa kerana ALLAH sentiasa memberi apa kita perlukan pada masa yang sempurna.

“Kadang-kadang kita fikir kita tahu apa yang terbaik tetapi sesungguhnya YANG MAHA BIJAKSANA akan menunjukkan kebijaksanaan-NYA dengan cara tidak disangka,” kongsi Essam.

Baca juga: 8 info Essam Muhammad suami Mizz Nina, penyanyi & pendakwah Amerika Syarikat

Pelakon Purple Don’t Cry itu juga menitipkan harapan agar ijab kabul mereka berkekalan dan membawa ke jannah.

“Semoga hati kita terus terbuka agar dapat diisi dengan keimanan dan membawa kita ke arah kedekatan. Semoga kita sentiasa saling menjadi penyejuk mata dan bersatu melangkaui pintu syurga.

“Semoga kurniaan bakat menjadi khidmat kepada ummah agar dapat membawa dan meneruskan legasi Islam.

“Semoga sentiasa dapat mengenali tanda-tanda dan nikmat kurniaan ALLAH sebagai alat untuk memastikan kita teguh di atas jalan ini.

Iklan

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? – Surah Ar-Rahman,” titip Essam.

Baca juga: ‘DIA lebih mengetahui apa yang terbaik’- Pertama kali lihat Mizz Nina menitiskan air mata, peminat doakan terus cekal

Baru-baru ini, Mizz Nina memaklumkan bakal mengadakan majlis resepsinya di ibu negara dalam masa terdekat.

Pada Ogos tahun lalu, Mizznina mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka bernikah pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Iklan

Namun, pada Mac 2022, Nina dan Noh mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa.

Baca juga: ‘Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah’- Mizz Nina, Noh sah bercerai

Sumber: Instagram Mizznina, masseone39

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang