SELAMAT pengantin baru buat bekas penyanyi aktivis, Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad.

Pengumuman perkahwinan yang diadakan secara tertutup di luar negara itu menjadi kejutan menggembirakan para peminat.

Mendedikasikan kehidupan ke arah dakwah, Mizz Nina memaklumkan bakal mengadakan majlis resepsinya di ibu negara dalam masa terdekat.

Baca juga: Mizz Nina nikah buat kali kedua, rapper kacukan Maghribi-Amerika jadi pilihan

Siapakah jejaka yang menawan hati pemilik nama Shazrina Azman ini? Berikut adalah info mengenai Essam:

1-Essam merupakan penyanyi rap kacukan Mahgribi dan Amerika Syarikat berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS).

2-Essam memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media & Komunikasi, Universityof Washington Bothell dan bergraduasi pada tahun 2016.

3-Mula menulis puisi pada usia lapan tahun, Essam memulakan karier dalam bidang seni selepas melancarkan video pertamanya, West My Home pada Mei 2016.

4-Menurut Genius.com, kebanyakan karya Essam adalah diinspirasikan daripada ibunya.

5-Penyanyi ini menjalankan dakwah bagi komuniti Muslim di AS, Kanada, Sepanyol dan Belanda.

6-Essam Muhammad telah mengeluarkan dua album, 12.12 pada 2018 dan Chapter20six pada 2020.

7-Videonya, Runnin pernah dipilih untuk pameran American Muslim Futures, galeri kerja dalam talian yang menggandingkan kreativiti visual art sekali gus memberi gambaran situasi Muslim Amerika.

8-Terbaru, Essam muncul berlakon dalam filem Purple Don’t Cry yang mengisahkan komuniti Islam yang cuba melindungi generasi mudanya.

Kelihatan warganet Malaysia mula membanjiri ruangan komen Instagram Essam.

Rata-rata memberikan ucapan tahniah atas perkahwinan penyanyi itu dengan Mizz Nina dan menitipkan doa kebahagiaan.

Baca juga: ‘Alhamdulillah.’Mizz Nina bawa Musa tunai umrah di Tanah Suc

Iklan

Serah segala ketentuan kepada ALLAH - Mizz Nina

– “Happy newlyweds. May you be happy until the infinity jannah. Aaaminn.”

– “Barakallahu lakuma wa jama’a baina kuma fii khair. Please take care of Mizz Nina, she is our princess.”

– “Congrats from Malaysia, will support you from now on. May ALLAH ease your journey. Please take care our beloved Mizz Nina.”

– “Congratulation brother for your marriage with our lovely lady, Mizz Nina. Please take good care of her and may ALLAH put both of you together in jannatul firdausi.”

Mizz Nina, 43, memiliki seorang anak angkat dinamakan Musa.

Iklan

Pengasas QalbyApp itu terdahulu berpisah dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada 4 Ogos 2022.

Perkahwinan mereka selama 11 tahun itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Baca juga: “Antara ketakutan terbesar tidak guna masa ALLAH beri untuk kebaikan.” Mizz Nina luah bimbang tidak guna masa sebaiknya

Sumber: Instagram & Twitter masseone39, Genius.com, Universityof Washington Bothell, Twins of Faith Sydney

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.