Sanggup suami berumur, kena sanggup juga menjaga mereka ke akhir hayat. Jangan kahwin kerana harta

Iklan
Untitled design (38)

Sanggup suami berumur, kena sanggup juga menjaga mereka ke akhir hayat. Jangan kahwin kerana harta

MUNGKIN ada benarnya seperti kata orang, umur hanya sekadar angka. Namun, itu terlalu subjektif.

Iklan
Iklan

Menyelak helaian kisah pasangan lelaki tua dan wanita muda, berdasarkan pengalaman saya, rata-ratanya memberi alasan bersatu dek kerana cinta dan jodoh mereka terlalu kuat.

Iklan

 

Kononnya, jurang usia bukanlah penghalang untuk mencipta bahagia bersama. Ada juga yang menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan daripada-NYA.

Iklan

Baca ni 'Kehadiran Hana telah banyak mengubah prestasi diri dan sumber kekuatan saya'. Ucapan tulus Da‘i Syed kepada isterinya

Persoalannya, apakah pilihan tersebut wajar? Mampukah pasangan yang diibaratkan seperti 'anak beranak' itu menjadi pasangan suami isteri yang ideal dan hidup dengan aman damai sehingga ke akhirnya?

Ini adalah kerana sejak lebih dua dekad kebelakangan ini, berdasarkan isu semasa termasuk kes-kes yang saya kendalikan, semakin ramai gadis dan wanita muda lebih cenderung memilih lelaki berusia sebagai pilihan hati dan pasangan hidup masing-masing.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Emory, Atlanta, Amerika Syarikat pada awal tahun 2020, semakin besar jarak usia di antara suami dan isteri, maka semakin besar kemungkinan pasangan tersebut tidak mencapai keharmonian dalam rumah tangga!

[caption id="attachment_118795" width="800"] Gambar sekadar hiasan[/caption]

Output penyelidikan turut menyaksikan, pasangan yang seusia atau berbeza umur hanya satu tahun atau dua tahun, kecenderungan untuk bercerai hanya 3 peratus.

Bagi pasangan yang berbeza usia tiga hingga lima tahun, potensi untuk berpisah adalah 18 peratus. Sementara pasangan yang berbeza 10 tahun, mencecah 39 peratus.

Baca lagi 'Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.' Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

Berbeza pula dengan suami isteri yang berbeza usia 20 tahun. Penyelidikan menyatakan, kecondongan untuk mereka 'mengucapkan salam perpisahan' adalah 95 peratus! Angka itu bukan sengaja direka, tetapi berdasarkan kajian sahih, ya.

Walaupun hasil penyelidikan tersebut telah dihebahkan secara meluas di media sosial, namun masih ramai gadis dan wanita muda tetap gemar memilih lelaki tua.

Mengapa? Apa yang mendorong mereka sanggup berbuat demikian?

Berdasarkan kes-kes yang pernah saya kendalikan, lelaki lebih tua menjadi pilihan disebabkan dua faktor utama:

1 Wanita muda tersebut mahukan kehidupan yang stabil

Biasanya lelaki tua yang dipilih bukanlah lelaki biasa-biasa, sebaliknya berharta dan mempunyai kehidupan mewah. Status itu diharap menjadi tempat untuk si wanita bergantung hidup tanpa perlu bersusah payah dibandingkan jika mereka memilih lelaki seusia yang masih mencari-cari hala tuju kehidupan.

2 Lelaki tua lebih suka memanjakan wanita muda berbanding lelaki seusia yang agak tegas dan mungkin lebih garang

Berdasarkan aspek psikologi, lelaki tua dikatakan telah melalui 'berjuta' pengalaman hidup. Mereka juga biasanya lebih mudah bertoleransi dengan individu yang lebih muda. Pun begitu, tetap ada risiko dan bahaya. Khusus buat wanita muda, anda perlu faham. Lelaki mula alami kemerosotan dalam diri seawal usia 40 tahun atau disebut andropause.

Baca ni 'Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat'. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Tatkala mencapai usia 60-an pula, rata-rata lelaki akan mengalami masalah dalam hubungan kelamin kecuali dibantu dengan ubat-ubatan.

Berdasarkan kes-kes dikendalikan saya, ramai isteri daripada golongan wanita muda yang bersuamikan lelaki tua mengadu tentang masalah hubungan kelamin. Kata mudahnya, tidak memenuhi kehendak mereka.

Kemelut itu menjadi lebih serius jika suami enggan berbincang atau mengakui kelemahan serta tidak mahu berusaha bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Malah, terdapat kes, si suami menuduh isteri 'makan luar'. Saya perlu akui, memang ada isteri-isteri muda yang mengakui mencari kepuasan daripada lelaki sebaya.

Selain itu, terdapat juga kaum lelaki dalam usia 60-an dan ke atas berdepan dengan pelbagai krisis kesihatan. Mungkin tidak berat, namun kemungkinan anda sebagai pasangan bakal menjadi 'perawat tidak rasmi' adalah besar.

Jadi, harapan untuk dimanjakan bertukar menjadi pelayan. Maka, tidak hairanlah jika berlaku pergaduhan dan perselisihan pada akhirnya.

Tak dapat restu

Di samping faktor fizikal lelaki tua tersebut, risiko lain yang perlu dihadapi oleh si wanita adalah penerimaan keluarganya sendiri dan juga ahli famili si lelaki.

Ramai ibu bapa yang tidak dapat menerima pilihan anak lantaran usia mereka hampir sebaya dengan ibu bapa sendiri.

Apabila tiada restu ibu bapa, memang sukar melayari bahtera perkahwinan dengan aman dan sentosa.

Baca lagi Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

Demikian juga dengan ahli keluarga lelaki. Rata-ratanya sukar untuk berkongsi kasih atau menerima konsep poligami.

Apatah lagi jika wanita muda itu hampir sama umur dengan anak si lelaki itu. Lantas, anak-anak akan menganggap wanita muda tersebut sebagai pengacau. Lebih teruk lagi, mereka dianggap mempunyai niat yang menyimpang.

[caption id="attachment_116824" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]

Apa yang saya boleh katakan, tentangan daripada ahli keluarga kedua-dua pihak biasanya akan mengundang masalah besar.

Pun begitu, saya akui, bukan semua hubungan dan perkahwinan melibatkan wanita muda dengan lelaki berumur gagal.

Pertalian yang kekal sehingga ke akhir hayat bagi saya adalah bertunjangkan kepada keikhlasan, menerima pasangan seadanya, bertoleransi dan berkompromi dalam setiap aspek hubungan rumah tangga.

Itu termasuklah berkaitan dengan hubungan kelamin. Paling utama, adalah hubungan tersebut mendapat restu daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain yang terlibat.

Cadangan saya buat wanita muda yang sedang bercinta dengan lelaki tua, tanyakan pada diri, apakah tujuan hidup anda?

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Jika semata-mata demi keseronokan untuk meneruskan kehidupan, percayalah, anda sedang berada di laluan yang salah.

Ingat, jangan berniat jahat demi untuk mewarisi harta kerana berdasarkan kes-kes yang pernah saya uruskan, misi songsang itu tidak akan diredai-NYA.

Baca ni Tandas kakak Datuk Aliff Syukri terus jadi next level, lepas tandas cangkung zaman kanak-kanaknya penuh dengan tikus

Mungkin lelaki yang anda rasa tidak akan hidup lama itu, mana tahu diizinkan ALLAH panjang pula umurnya.

Andai anda ikhlas dan jujur mengasihi, persiapkan minda kerana anda perlu berlapang dada menghadapi ranjau dan onak yang bakal ditempuhi.

Baca juga: Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Suka untuk saya ingatkan sekali lagi, apabila memilih untuk meneruskan hidup bersama lelaki tua, secara fitrahnya, ia memang berbeza berbanding jika anda memilih lelaki sebaya. Fikir-fikirkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!