PERKONGSIAN  kakak kepada pengasas produk DHerbs, Datuk Aliff Syukri tentang pengalaman duduk rumah setinggan ketika usia lapan hingga sembilan tahun cukup menyentuh hati.

Dedah Yatie atau nama sebenarnya Noor Hayati Kamarzaman, benda paling yang tidak disukai adalah apabila terpaksa ke tandas. 

Perkara tersebut telah dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya.

yatie

Cerita pengasas The Hijab Co dan The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi yang mengimbau kenangan lama: “Dahulu saya hidup berpindah-randah, dari Kuala Lumpur ke Kechau, kemudian ke Petaling Jaya.

“Lepas tu ke Palong. Rasa juga di Sabak Bernam. Kemudian di Klang. Paling lama akhirnya di kawasan Shah Alam sebelum jumpa jodoh dengan suami, Mohamad Zaidi.

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

yatie

“Disebabkan tandas cangkung tu akan ada tikus berenang pada masa tertentu. Kalau nasib baik, hari tu tak ada tikus, mungkin dia berenang kat tandas rumah orang lain.”

Kongsi Yatie lagi, disebabkan tiada yang boleh membantu mengeluarkan tikus tersebut, beliau terpaksa menahan sakit perut sehinggalah keesokan harinya.

“Biasanya tiada orang nak tolong memandangkan hanya kami tiga beradik sahaja di rumah, sementara mak ayah kerja. Jadi, saya tahan sakit perut sampai pergi sekolah esoknya.

“Sebab itu, saya janji dengan diri sendiri, satu hari nanti kalau diberi peluang ada rumah sendiri, tandaslah tempat yang akan paling saya jaga,” ujarnya.

Malah, katanya, ketika usia 13 tahun, beliau kembali tinggal bersama ibunya di rumah sewa di Klang.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Yatie sendayu tinggi

SENTAL SETIAP INCI TANDAS

Setiap hari, beliau sanggup sental setiap inci tandas dalam rumahnya.

“Sampaikan ke getah paip saya berus licin supaya tidak berlunau atau berlumpur. Itu sebagai tanda rasa gembira tandas tiada tikus berenang lagi.

“Rasa stres tau nak membuang tiap kali tu lah tikus dalam tandas cangkung tu melambai-lambai,” ujarnya.

Perkongsian anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita itu meraih pelbagai reaksi warga maya. Berikut SinarPlus kongsikan komen tersebut:

Iklan

‘Sedihnye cerita kak Yatie. Patutlah tandas kak Yatie siap boleh baring-baring. Ada juga sesetengah individu, masa dewasa dia akan terbawa-bawa peristiwa dari kecil.’

yatie

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

‘Cantiknya tandas kak Yatie macam hotel.’

‘Tandas lah part yang terpaling kena bersih. Ia menggambarkan seseorang itu benar-benar pembersih orangnya. Kalau kawasan yang sekecil tandas pun tak boleh nak jaga, apatah lagi dalam rumahnya. Pengalaman zaman rumah kampung yang tandas tak sempurna tu yang membuatkan kini selalu teruja untuk bersihkan tandas. Sebab nak dapatkan keselesaan ketika melepaskan hajat. Alhamdulillah.’

‘Kami dulu jamban P.Ramlee kat luar rumah. Selalu katak dok dalam lubang. Sakit perut tahan juga sebab takut katak puru melompat. Kenangan zaman budak dulu.’

‘Pengalaman mengajar kita untuk jadi yang terbaik.Ilmu yang tak mungkin diberikan oleh sesiapa.’

Iklan

‘Peritnya rasa. Sekarang ALLAH sudah bagi rezeki yang melimpah ruah. Amin.’

Sumber: Facebook Noor Hayati Kamarzaman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!