Dengki, busuk hati, rupanya kedai pernah dibakar sebelum peniaga roti nan disimbah asid, berikut kronologi kejadian

Iklan
Dengki, busuk hati, rupanya kedai dibakar sebelum peniaga roti nan suami isteri disimbah asid, berikut kronologi kejadian (2)

DENGKI dan busuk hati, demikian dipercayai motif kejadian pasangan suami isteri menjadi mangsa disimbah asid oleh wanita di Selayang.

Rakaman kamera litar tertutup lokasi kejadian iaitu Pangsapuri Laksamana Jaya, Selayang memaparkan aksi pelaku yang memakai sepasang baju berwarna gelap mencurahkan asid ke arah mangsa berusia 37 tahun dan 60 ketika sedang memasuki lif.

Iklan
Iklan

Rakaman dan foto mangsa yang berada di hospital dikongsikan rakan keluarga mangsa, Khairy Adli menerusi grup Gombak Food Delivery.

Baca juga:  ‘Sebusuk-busuk tong sampah, busuk lagi hati orang yang selalu hasad dengki’

Iklan

Menurut Khairy, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai peniaga roti nan itu mengalami kecederaan melecur pada bahagian mata dan badan.

Iklan

"Peniaga suami isteri diserang, didakwa kerana dengki.

"Seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa di bakar habis seratus peratus total lost.

"Kemudian semalam mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur.

"Mohon sesiapa yang mengenali pelaku memberi maklumat,” kongsi Khairy.

Selain itu, Khairy turut mengulas tentang perbuatan khianat dihadapi pasangan berkenaan berpunca daripada kelarisan jualan mereka yang menimbulkan rasa tidak puas hati.

Baca juga: Tak guna buat baik kalau ada sifat hasad dengki

"Saya pernah makan kedai keluarga kawan saya ni. Memang sedap dan ramai orang. The one and only best roti nan di Selayang.

"Bukan sekali dua perkara ini terjadi, tetapi mereka bangkit dan masih berniaga.

"Tak sangka sampai main bakar kedai dan simbah asid,” kongsinya.

Tidak hanya itu, menurut anak mangsa, kedai roti nan mangsa juga didakwa dibakar pihak tidak bertanggungjawab pada bulan lalu.

Baca juga: #SiBibirMerah: Gerai nasi lemak ‘diserang’ pesaing tular, dipaksa tutup gara-gara jual menu sama

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Noor Ariffin Mohammad Nasir dalam kenyataan media menjelaskan kronologi kejadian seperti berikut:

1-Pada 4 Julai, kira-kira jam 3.10 pagi, pihak polis menerima laporan daripada pengadu iaitu wanita berusia 34 tahun memaklumkan kejadian simbah asid berlaku di Pangsapuri Laksamana, Batu Caves.

2-Hasil siasatan awal yang dijalankan pengadu yang merupakan anak kandung kepada mangsa merupakan perempuan warga tempatan berumur 60 tahun dan seorang lelaki bukan warganegara berumur 37 tahun merupakan pasangan suami isteri.

[caption id="attachment_118905" width="800"] Tangkap layar status WhatsApp anak mangsa.[/caption]

3-Semasa kedua-dua mangsa bersama seorang anak lelaki berumur 14 tahun sedang masuk ke dalam sebuah lif di Pangsapun Laksamana Jaya Batu Caves, suspek yang merupakan seorang perempuan yang tidak dikenali bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dan arah luar lif dan terus melankan diri.

4-Kedua-dua mangsa telah meminta bantuan orang awam untuk dihantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.

5-Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Selayang dan telah dibenarkan pulang.

6-Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

7-Polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Nizar Bin Adnan di talian 013-9661892 atau Bilik Gerakan IPD Gombak 03-61262222.

Baca juga: Gembira adik beradik berjaya berniaga, tanda ibu bapa tidak akan susah, ini 5 rahsia orang Cina bina kekayaan

TIP KECEMASAN LUKA LECUR AKIBAT BAHAN KIMIA

Jika kulit anda terkena bahan kimia seperti peluntur atau asid, ikuti langkah bantu awal berikut:

1.Bersihkan bahan kimia yang terdapat pada kulit di bawah aliran air sekurang-kurangnya selama 20 minit.

2.Bersihkan bahan kimia berbentuk serbuk seperti kapur dari kulit terlebih dahulu sebelum mengalirkan air pada kawasan berkenaan.

3. Buka barang kemas atau pakaian yang mungkin telah terdedah atau terkena bahan kimia.

4. Gunakan tuala basah untuk membantu melegakan kesakitan.

5. Tutup luka lecur atau bakar dengan pembalut/kain yang kering dan steril dan bersih

6. Jika anda masih mengalami rasa kesan bakar, basuh kulit sekali lagi di bawah air mengalir untuk beberapa minit.

7. Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin agar tahap luka lecur atau terbakar anda boleh dinilai dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

Sumber: Gombak Food Delivery (Khairy Adli), Polis Gombak, Hospital Umra

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!