GEMBIRA dengan kejayaan yang diraih oleh adik beradik dalam perniagaan sebagai tanda ibu bapa tidak akan hidup susah antara rahsia orang Cina membina kekayaan.

Perkara itu dikongsikan oleh pengusaha pusat tusyen yang juga merupakan seorang saudara baru, Adam Kelvin.

Tidak semua dilahirkan dalam keluarga berada atau terus mewarisi kekayaan. Pemuda berbangsa Cina itu mendedahkan lima kebiasaan dilakukan yang menjadikan harta berlipat kali ganda.

Baca juga: “Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Berikut perkongsian beliau:

Rahsia orang Cina bina kekayaan

1. Bantu adik-beradik
Dalam keluarga Cina, jika anak sulung itu jutawan, beliau akan kongsi rahsia bisnes dan cara membangunkan perniagaan dengan adik beradiknya.

Contoh paling dekat sepupu saya.Beliau anak sulung dan berjaya membuka kedai menjual kereta mewah import. Kemudian,beliau telah mengajar tiga adiknya untuk membuat bisnes berkaitan kereta.

Adik kedua membuka kedai memperbaiki kereta, adik ketiga jalankan perniagaan servis pendingin hawa kereta manakala yang bongsu pula aksesori atau make-up kereta.

Hasilnya mereka semua kaya dan jutawan dari bawah (underground). Kami tidak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang. Jadi sama-sama belajar untuk membina kekayaan. Jika adik beradik senang, maka hati kami juga senang. Kami memegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

Baca juga: Menabung syiling niat umrah, wanita berjaya simpan hampir RM20,000 dalam 3 tahun

Kredit foto: Pexels

2. Harta yang ada dikembangkan
Jika mempunyai wang tunai yang banyak atau mendapat duit ratusan ribu, jarang di antara kami untuk berkahwin ramai kerana ia menambah beban dan harta akan berkurangan apabila dibahagikan.

Apa yang kami lakukan ialah membeli dua atau tiga buah rumah atau hartanah bernilai RM100 sebagai pelaburan jangka panjang. Bina portfolio hartanah kerana nilainya akan bertambah dua kali ganda dalam masa 10 tahun.

Sebab itu jangan pelik jika ada famili Cina walaupun sudah dewasa dan masih tinggal bersama dengan ibu bapa. Duit lebihan itu mereka beli rumah dan disewakan. Lebih hebat lagi, miliki sebuah pasar raya hasil daripada wang dikumpul bersama keluarga.

Kami jarang berebut dan selalunya akan berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan itu. Selalunya harta itu akan dijual kemudian wang tersebut digunakan bagi membeli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit hasil sewaan itu kemudian dibahagi sama rata. Kami suka hartanah tetapi saya tidak memiliki banyak rumah. Hanya sebuah sahaja untuk diduduki.

Kredit foto: Pixabay

Baca juga: Sanggup lepaskan gaji lebih RM157,000 setahun, jutawan wanita ini buktikan hobi shopping boleh jadi kaya

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga
Jika anda sedar, apabila ada kedai Cina baharu dibuka, banyak jambangan bunga dengan kata-kata semangat diterima pemiliknya.

Kami sangat gembira jika ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam perniagaan. Tandanya ibu bapa tidak akan susah dan dalam kalangan adik beradik tiada yang terpaksa menanggung orang tua seorang diri. Ia memudahkan proses pemuafakatan membantu keluarga,

Tidak perlu dengki kerana masing-masing mengetahui kesukaran untuk membina sebuah perniagaan. Malah adik beradik juga akan membeli produk atau menggunakan servis perniagaan adik beradik yang lain. Hal ini kerana rasa yakin dan percaya sudah ada.  Mereka kemudian membantu menyebarkan kepada kenalan yang ada.

4. Simpan dahulu baharu belanja
Duit yang diperoleh akan disimpan dalam unit amanah, deposit tetap atau akaun bank. Jika rasa hendak membeli, kami akan menangguhkan keinginan itu sehingga ke hujung bulan. Apabila ada lebihan, barulah dibelanjakan.

Barang kehendak beli kali sekala. Orang Melayu beruntung kerana boleh menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya lihat ASB adalah antara simpanan yang menguntungkan berbanding unit amanah atau deposit tetap.
Jangan lepaskan peluang untuk menyimpan di ASB.

Baca juga: Kekayaan yang dimiliki tak membuatkan mereka alpa, berikut 5 hartawan Muslim yang sangat dermawan

5. Tidak suka berhutang
Kebanyakan orang Ciba tidak suka berhutang bagi membeli barangan kecil seperti telefon bimbit, peti ais, perabot dan lain-lain seumpamanya. Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya boleh membeli secara tunai. Memang penat tetapi bagi jangka masa panjang ia melegakan minda kerana tidak perlu berfikir tentang bayaran bulanan. Itu tidak masuk kadar bunga lagi.

Iklan

Selalunya orang Cina akan berhutang bagi membeli ‘benda besar’ seperti rumah dan kereta. Bayarannya akan cuba diselesaikan secepat mungkin supaya aliran tunai tidak ‘rabak’ dalam jangka masa panjang. Jika selesaikan bayaran sepenuhnya akan mendapat rebat.

Tambahan pula kereta akan mengalami susut nilai dengan cepat. Tidak berbaloi membeli kereta mahal tetapi tidak cuba menyelesaikan hutang secepat mungkin. Oleh sebab itu orang Cina sangat berminat membeli kereta yang mampu milik dan tak perlu kos penyelenggaraan tinggi walaupun hakikatnya mampu membeli kereta mewah.

Pun begitu, ada juga yang membeli kereta mewah. Tetapi ada trik untuk kurangkan cukai pendapatan dan selalunya mereka akan cuba langsaikan secepat mungkin hutang kereta itu.

Baca juga: Jutawan low profile miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah Kuala Lumpur

Perkongsian Adam menerima pelbagai reaksi dan dikongsikan sebanyak 13,000 oleh warga maya. Rata-rata bersetuju dan berterima kasih atas panduan yang dikongsi bersama. Ujar mereka:

-“Biasa dengar daripada orang Melayu mengenainya. Kali ini daripada orang Cina sendiri, baru saya percaya.”

-“Perkongsian dan peringatan yang baik. Semoga perniagaan saya saya dan adik beradik semakin maju seperti keluarga anda. Matlamat kami juga sama, apabila semua sudah stabil, kami akan bergabung untuk satu business keluarga dalam skala yang lebih besar. Terima kasih.”

Iklan

-“Terima kasih saudara, perkongsian yang sangat menarik dan terbaik. Orang kata jika hendak berniaga ikut cara Cina dan belajar daripada mereka.”

-“Ini betul minda orang kaya. Insya-ALLAH kaya dunia dan akhirat.”

-“Alhamdulillah terima kasih atas penulisan saudara. Ilmu yang bermanfaat sebagai landasan perjalanan hidup ini. Semoga ALLAH merahmati.”

Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai

Sumber: Adam Kelvin

Kredit foto utama: Freepik (Wirestock)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan