Resipi karipap pusing legend rangup & sedap. Ini teknik kulit cantik berpusar, baru betul-betul jadi

Iklan
Resipi karipap pusing legend rangup & sedap. Rupanya ini teknik kulit cantik berpusar, baru betul-betul jadi (1)

KARIPAP pusing memang kuih legend. Kulit cantik tersusun tidak hanya indah dipandang, tetapi rangup dan sedap untuk dinikmati.

Akhir-akhir ini, kuih lama ini kerap ‘lalu-lalang’ di feed laman sosial. Rupanya tak susah mana pun buat karipap pusing. Asalkan betul tekniknya, memang menjadi.

Iklan
Iklan

Berikut bahan dan cara penyediaan yang dikongsi Kencana Melor ini.

Baca juga: Karipap inti carbonara untuk buka puasa, memang sekejap jer licin. Budak-budak memang suka makan

Iklan

KULIT KARIPAP PUSING

Iklan

Bahan-bahan

DOH MARJERIN

1 1/2 cawan tepung gandum

3 1/2 sudu besar marjerin

DOH GANDUM BIASA

3 cawan tepung gandum

Air suhu bilik secukupnya

Cara penyediaan

1-Di dalam mangkuk pengadun, campurkan tepung gandum dan marjerin. Sebatikan dua bahan ini hingga menjadi doh. Ia tidak lembik atau terlalu keras, sedang-sedang sahaja. Ketepikan.

2-Di dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum dengan air secukupnya dan uli hingga membentuk doh. Doh ini dinamakan doh gandum. Ketepikan.

3-Bahagikan kedua-dua doh kepada dua bahagian.

4-Leperkan doh gandum dan letak doh marjerin di atasnya. Balut doh marjerin dengan doh gandum.

5-Leperkan dan gelek dengan pencanai hingga menjadi agak nipis.

6-Gulungkan.

7-Potong gulungan menjadi dua batang memanjang.

8-Ambil sebatang dan gelek dengan pencanai supaya nipis sehingga menjadi begini.

9-Gulung sekali lagi ia menjadi seketul memanjang.

10-Potong doh memanjang tadi. Agak-agak supaya tidak terlalu tebal atau nipis.

11-Jika nampak ada doh terjuntai, tolak ia ke dalam untuk dijadikan pelapik supaya inti tidak terkeluar.

12-Gelekkan ia seperti di dalam gambar.

13-Pusingkan bahagian doh berjuntai ke atas dan isikan inti.

14-Kelim dengan kemas dan siap!

Baca juga: Kulit rangup, inti sedap. Ini cara buat karipap daging kurma mak-mak wajib cuba

INTI KARIPAP KENTANG DAGING

Tak lengkap rasanya kongsi resipi karipap tanpa intinya.

Untuk inti karipap yang sedap, anda boleh gunakan resipi Faizah Md Zain ini.

Inti kentang daging memang sesuai dijadikan karipap pusing. Nampak menggoda dan sungguh menyelerakan!

Bahan-bahan

5 biji bawang merah (kisar)

7 ulas bawang putih (kisar)

Segenggam ikan bilis (kisar)

12 biji kentang (kupas dan dadu)

Daging kisar secukupnya

5 sudu besar minyak masak

3 sudu besar cili kering kisar

4 sudu besar serbuk kari daging

2 sudu besar rempah kurma

Daun bawang secukupnya (hiris)

Gula dan garam secukupnya

Cara penyediaan

1-Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.

2-Masukkan cili kering kisar dan rempah-rempah tadi.

3-Tumis ia hingga naik minyak.

4-Masukkan daging kisar, kentang , gula dan garam. Masak ia sehingga kering dan taburkan daun bawang.

5-Siap!

Selamat mencuba!

Baca juga: Pastil, menu istimewa di Sabah. Karipap berintikan bihun

Sumber: Kencana Melor, Faizah Md Zain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!